Utusan Borneo (Sarawak)

Seramai 81 lepasan STPM Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan layak ke IPTA

-

LABUAN: Seramai 81 orang daripada 136 calon STPM 2019 Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan berjaya mendapat tawaran melanjutka­n pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui keputusan yang diumumkan kelmarin.

Pencapaian ini merangkumi 59.6 peratus daripada jumlah calon STPM 2019 dan jauh lebih baik daripada pencapaian pada STPM 2018 iaitu 46.4 peratus (sebelum rayuan) dan 52.2 peratus (selepas rayuan).

Dijangka lebih ramai pelajar akan mendapat tempat selepas rayuan dan peratus akan melebihi 60 peratus.

Pelajar-pelajar ini telah ditawarkan kesembilan buah universiti iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM) (1 orang), Universiti Malaysia Sabah (UMS): 50 orang, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS): lima orang, Universiti Teknologi MARA (UiTM): 13 orang, Universiti Malaysia Kelantan (UMK): tiga orang, Universiti

Pendidikan Sultan Idris (UPSI): empat orang, Universiti Malaysia Terengganu (UMT): seorang, Universiti Sains Malaysia (USM): tiga orang dan Universiti Malaya: seorang.

Empat pelajar cemerlang STPM 2019 yang mendapat PNGK 3.92 juga telah mendapat tawaran masingmasi­ng.

Mereka ialah Eleena Yeo Sui Mee, Perniagaan Antarabang­sa (Kewangan Antarabang­sa) dengan Kepujian, UMS; Aaron Lau Jiaxiang, Perniagaan Antarabang­sa (Kewangan Antarabang­sa) dengan Kepujian, UMS; Irham Zulhilmi Mohd Johan, Teknologi Seni Visual dengan Kepujian, UMS; dan Siti Salbiah Mohd Yussof, Sejarah, Universiti Malaya.

Pengetua SMK Labuan Ismail Abdullah menyatakan rasa gembira dengan peningkata­n ketara ini.

Katanya, peningkata­n setiap tahun bermakna Wilayah Persekutua­n Labuan akan mempunyai golongan profession­al yang semakin ramai setiap tahun.

“SMK Labuan sangat gembira kerana dapat menyumbang kepada perubahan struktur sosial di WP Labuan dengan melahirkan golongan intelek yang diharapkan akan menjadi pemangkin kepada kemajuan pulau Labuan yang dicintai ini,” katanya.

Ismail merakamkan setinggi penghargaa­n dan terima kasih kepada semua pensyarah Pusat Tingkatan Enam SMK Labuan yang bersungguh-sungguh mendidik dan membimbing pelajar-pelajar hingga berjaya.

Ucapan terima kasih juga kepada Jabatan Pendidikan WP Labuan yang memberi bantuan dan sokongan terutama dalam bidang akademik.

“Terima kasih kepada PIBG SMK Labuan kerana memberi bantuan material dan sokongan moral yang berterusan kepada pihak sekolah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia