Utusan Borneo (Sarawak)

PENA gesa JPN hidupkan semula operasi UKBM

-

MIRI: Penduduk Penan di Baram terpaksa ke pejabat Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) di pusat bandar raya Miri untuk membuat pemeriksaa­n semula status permohonan didaftarka­n Unit Khas Bergerak Miri (UKBM) yang telah dihentikan operasi.

Pengasas Jaringan Pemerkasaa­n Penan Baram (PENA) Elia Bit berkata, penduduk dibebani kos tinggi termasuk pengangkut­an dan penginapan untuk menguruska­n dokumentas­i di Miri.

“Menurut catatan PENA ada 231 orang dalam proses menunggu. Saya rasa jumlah lebih ramai dari itu. Kebanyakan dari suku kaum Penan,” jelasnya kepada pemberita di pejabat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Miri semalam.

Data yang terkumpul melibatkan kes lewat daftar kelahiran, tiada MyKad dan permohonan status kewarganeg­araan.

Beliau memberitah­u, ahli pasukan unit itu yang sebelum ini bergerak ke luar bandar dan pedalaman Sarawak, kini ditempatka­n di pejabat JPN termasuk cawangan di Pusat Transforma­si Bandar (UTC).

Elia berkata, sokongan unit itu amat diperlukan oleh penduduk pedalaman Sarawak khasnya suku kaum Penan yang masih belum memiliki status kewarganeg­araan kerana ketiadaan dokumen pengenalan diri.

Selain masalah kos, penduduk diminta membuat permohonan baharu sekiranya maklumat didaftarka­n UKBM tidak terdapat dalam sistem rekod JPN.

Elia berkata, ketiadaan Mykad memberi kesan terhadap kehidupan penduduk dari aspek mendapat dan mempertaha­nkan hak mereka sebagai rakyat di negeri ini.

Menurut Elia, PENA mula bergerak membantu Penan mendapatka­n dokumen JPN pada 2018.

Dalam tempoh tersebut, PENA telah mengunjung­i 32 rumah panjang Penan di sekitar Baram.

“Oleh kerana UKBM sudah tidak beroperasi lagi, jadi menjadi masalah untuk kita meneruskan usaha ini. Sehubungan itu, saya menggesa agar operasi UKBM dikembalik­an.

“Kita juga meminta semua Ahli Parlimen Sarawak untuk menyuaraka­n isu ini di Parlimen, supaya Kementeria­n Dalam Negeri dalam mengembali­kan UKBM,” jelasnya.

 ??  ?? MOHON PERMUDAHKA­N: Elia ditemani Pengerusi DAP Miri Dr Ting Tiong Choon, Ketua Pemuda DAP Peter Hee dan Pengerusi DAP Baram Marcus Hugo (kiri) pada sidang media semalam.
MOHON PERMUDAHKA­N: Elia ditemani Pengerusi DAP Miri Dr Ting Tiong Choon, Ketua Pemuda DAP Peter Hee dan Pengerusi DAP Baram Marcus Hugo (kiri) pada sidang media semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia