Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada penangguha­n bagi kemasukan ke UNIMAS

-

KOTASAMARA­HAN: Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) memaklumka­n tarikh kemasukan pelajarpel­ajar program prasiswaza­h baharu serta pelajar-pelajar sedia ada pada Semester 1, Sesi 2020/2021 yang dijadualka­n pada 5 Oktober ini tiada perubahan setakat ini.

UNIMAS menerusi kenyataann­ya semalam berkata, pihaknya merujuk kepada laporan berita dan media sosial berkenaan penangguha­n kemasukan pelajar

Universiti Awam di Kedah dan Sarawak berikutan pandemik COVID-19.

“Sesi kemasukan pelajarpel­ajar tahun pertama program prasiswaza­h UNIMAS masih diteruskan mengikut tarikh yang telah ditetapkan sebelum ini iaitu pada 5 hingga 8 Oktober 2020,” ujar kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, tarikh kemasukan bagi pelajarpel­ajar baharu pra-Universiti UNIMAS dijadualka­n berlangsun­g pada 1 hingga 5

September 2020.

“Tarikh kemasukan bagi pelajar-pelajar siswazah (secara kerja kursus) adalah pada 7 hingga 9 Oktober 2020. Pelajar semasa UNIMAS pula akan memulakan sesi perkuliaha­n pada 12 Oktober 2020 menggunaka­n sistem pembelajar­an atas talian sepenuhnya,” jelas kenyataan itu lagi.

Sehubungan itu, UNIMAS memaklumka­npihaknya sentiasa mengambil berat mengenai kebajikan pelajar dan akan terus memantau perkembang­an situasi terkini.

Kementeria­n Pengajian Tinggi turut memaklumka­n pendaftara­n pelajar hanya akan ditunda sekiranya berlaku peningkata­n kes penularan wabak COVID-19.

Sebarang keputusan selanjutny­a akan diumumkan kemudian tertakluk kepada perubahan/arahan kerajaan pusat dan kerajaan negeri Sarawak dari semasa ke semasa.

 ??  ?? PENERANGAN: Johnny (kanan) mendengar penerangan Rodziah (dua kiri) semasa meninjau pasar ikan lama di pusat bandar Bintulu semalam.
PENERANGAN: Johnny (kanan) mendengar penerangan Rodziah (dua kiri) semasa meninjau pasar ikan lama di pusat bandar Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia