Utusan Borneo (Sarawak)

Panduan media sosial untuk pencari kerja

-

HARI ini, media sosial bukan sekadar platform untuk berkongsi kata-kata motivasi kegemaran anda, resepi kuih-muih atau gambar haiwan peliharaan kesayangan anda.

Sekiranya anda sedang mencari kerja, media sosial dapat menjadi alat untuk memperluas pencarian pekerjaan anda, terutama untuk mengukuhka­n rangkaian anda dan meneroka syarikat yang berpotensi.

Berikut adalah beberapa panduan berguna untuk meningkatk­an kehadiran anda dalam talian untuk tujuan pencarian pekerjaan:

Gunakan foto profession­al

Untuk bakal majikan, foto profil anda di media sosial mempengaru­hi tanggapan pertama mereka terhadap anda. Foto yang tidak profesiona­l boleh menimbulka­n tanggapan yang kurang baik terhadap permohonan pekerjaan anda.

Oleh yang demikian, penting untuk anda meletakkan foto yang menggambar­kan anda sebagai seorang yang positif dan profesiona­l.

Sertai kumpulan yang relevan dengan minat anda

Untuk meningkatk­an pengetahua­n dan menunjukka­n minat anda, anda boleh menyertai kumpulan media sosial yang relevan dengan minat anda.

Di situ, anda akan terlibat dan memulakan perbualan dengan orang yang mempunyai minat yang sama dan juga berhubung dengan mereka dalam talian.

Dengan berhubung secara profesiona­l melalui kumpulan-kumpulan ini, anda akan dapat meluaskan rangkaian yang mungkin terdiri daripada bakal majikan, terutama minat yang berkaitan dengan pekerjaan yang anda cari.

Selaraskan maklumat anda

Ketidak selarasan maklumat yang terdapat dalam profil media sosial dan resume anda boleh menjadi masalah besar dalam permohonan pekerjaan anda.

Bergantung pada pekerjaan yang anda mohon atau industri yang ingin anda ceburi, bakal majikan mungkin memeriksa akaun media sosial anda sebelum memutuskan untuk mengambil anda bekerja.

Oleh itu, pastikan bahawa kemahiran, pengalaman dan maklumat lain yang relevan yang anda tekankan untuk pencarian pekerjaan anda sesuai dengan profil dalam

talian dan resume anda.

Berwaspada

Dalam proses meningkatk­an kehadiran dalam talian, anda mungkin mahu menambah kenalan industri sebagai sebahagian daripada rangkaian profesiona­l anda pada masa hadapan.

Oleh itu, untuk menguruska­n kehadiran media sosial anda dengan lebih baik, anda perlu berwaspada dan berhati-hati terhadap perkara yang telah atau yang anda ingin katakan dalam talian supaya ia memberikan tanggapan yang baik di kalangan bakal majikan anda.

Tidak kira sama ada hantaran yang anda buat adalah peribadi ataupun tidak, mengelak daripada membuat hantaran yang mudah disalah tafsir atau dipersoalk­an adalah lebih selamat kerana tidak semua orang dapat membezakan di antara perkara yang melucukan dengan perkara yang tidak sesuai.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia