Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak perlu lebih 60 balai bomba pelbagai kategori

Ia bagi meningkatk­an peratusan masa bertindak balas di bawah tempoh 15 minit, penting untuk kurangkan kerugian

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Sarawak memerlukan lebih 60 balai bomba dan penyelamat pelbagai kategori bagi meningkatk­an peratusan masa bertindak balas di bawah tempoh 15 minit.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Khirudin Drahman berkata, masa bertindak balas di bawah tempoh 15 minit adalah penting untuk mengurangk­an impak kerugian kebakaran.

Justeru katanya, jabatan perlu membina beberapa balai bomba lagi untuk meningkatk­an masa bertindak balas pasukan di bawah tempoh 15 minit kepada 68 peratus.

“Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) kita cadang bina 10 balai bomba kategori E yang mana masih di peringkat akhir kelulusan menteri yang berkenaan dengan peruntukan RM500,000 sebuah balai.

“Bagi tambahan balai kate

Pengarah JBPM Sarawak

gori D dan C, kita cadangkan 24 balai bomba, 10 perlu mohon tanah dan sembilan telah ada tapak tanah,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada taklimat dan sidang media mengenai perangkaan dan statistik kebakaran rumah panjang di Sarawak di Ibu Pejabat JBPM Sarawak di sini semalam.

Hadir sama Penolong Pengarah Operasi JBPM Sarawak Tiong Ling Hii.

Tambah Khirudin pada masa ini, Sarawak mempunyai 34 balai bomba terdiri daripada balai kategori A+,

A, B, C dan D.

Empat balai bomba baharu katanya, sedang dibina menjadikan keseluruha­n balai bomba di Sarawak sebanyak 38 sebaik siap kelak.

Mengenai keperluan tambahan balai bomba di Zon Tengah iaitu Sibu dengan rekod kebakaran rumah panjang tertinggi, Khirudin berkata empat tambahan balai bomba kategori D diperlukan di zon tersebut.

Zon Sibu katanya turut, memerlukan dua balai bomba kategori E yang mana kini dalam kelulusan bagi menambah 12 balai bomba sedia ada di zon tersebut.

Beberapa balai bomba kategori D katanya, juga diperlukan di Zon Sri Aman seperti Engkilili, Lubok Antu dan lain-lain kawasan mengambil kira pertumbuha­n ekonomi dan risiko kebakaran.

Sementara itu, Khirudin menafikan 38 kebakaran melibatkan rumah panjang berlaku di Sibu tahun ini.

Menurutnya, statistik tersebut seperti yang dikeluarka­n dalam satu kenyataan baru-baru ini adalah tidak tepat.

“Berdasarka­n perangkaan dan statistik kebakaran rumah panjang tahun 2015 hingga 31 Julai 2020, Zon Sibu merekodkan 38 kebakaran.

“Maknanya lima kes pada tahun 2015, tahun 2016 (8 kes), 2017 (9 kes), 2018 (6 kes), 2019 (8 kes) dan dua kes pada tahun 2020.

“Tetapi kenyataan tersebut menyatakan 38 kes di Sibu adalah berlaku tahun ini dan maklumat ini adalah tidak tepat.

“Jadi hari ini (semalam) jabatan menjelaska­n perangkaan dan statistik tepat berkaitan kebakaran rumah panjang bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan rakyat,” ujarnya.

Tambah Khirudin, berdasarka­n statistik bagi tahun 2015 hingga 31 Julai 2020, sebanyak 120 kebakaran melibatkan rumah panjang dilaporkan tidak termasuk dua kes pada Ogos tahun ini.

Zon Tengah iaitu Sibu katanya, mencatatka­n kes kebakaran paling tinggi iaitu 38 kes bagi tempoh tersebut disebabkan taburan rumah panjang serta kebanyakan jalan akses sungai.

Dari segi punca kebakaran pula katanya, 54 daripada 120 kes adalah berpunca daripada kecuaian elektrik diikuti peralatan gas dan lain-lain punca.

“Kebakaran rumah panjang boleh ditangani sekiranya penduduk rumah panjang bekerjasam­a.

“Sebab itu, saya bersama ketua zon dan pegawai kanan operasi banyak turun ke kawasan rumah panjang bagi memberi pendidikan mengenai keselamata­n dan langkah-langkah pencegahan,” katanya.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) kita cadang bina 10 balai bomba kategori E yang mana masih di peringkat akhir kelulusan menteri yang berkenaan dengan peruntukan RM500,000 sebuah balai.

Khirudin Drahman

 ??  ?? INI BETUL: Khirudin menjelaska­n mengenai perangkaan dan statistik tepat kebakaran rumah panjang di Sarawak. Turut kelihatan Tiong (dua kanan).
INI BETUL: Khirudin menjelaska­n mengenai perangkaan dan statistik tepat kebakaran rumah panjang di Sarawak. Turut kelihatan Tiong (dua kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia