Utusan Borneo (Sarawak)

Naik taraf sistem kumbahan di Taman Rejang siap 75 peratus

-

SIBU: Kerja-kerja membaiki dan menaik taraf sistem kumbahan di kawasan kediaman dan komersial Taman Rejang dengan kos RM3 juta berjalan lancar dan kini siap 75 peratus.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Michael Tiang berkata, kerja-kerja pemasangan tangki septik untuk 366 kediaman bagi fasa pertama dan kedua telah siap sepenuhnya.

Jelasnya, projek kini tertumpu di kawasan komersial untuk memasang sebanyak 61 titik sambungan baharu yang akan menghubung­kan batang paip besar kepada sistem kumbahan berpusat, melibatkan kira-kira 30 lot kedai.

“Walaupun sedikit terkesan dengan pandamik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula Mac lepas, namun projek berjalan lancar dan dijadual siap sepenuhnya pada Disember tahun ini,” katanya pada sidang media di Taman Rejang, semalam.

Tiang memberitah­u pemasangan tangki septik bagi fasa pertama melibatkan sebanyak 191 kediaman, manakala 175 kediaman untuk fasa kedua.

Katanya lagi, tangki septik di kawasan kediaman kini adalah secara individu dan tidak lagi bersambung dengan sistem kumbahan berpusat.

Bagaimanap­un katanya, terdapat sebahagian rumah belum dipasang dengan tangki septik tersebut kerana ada pemilik kediaman yang gagal dikesan dan ada yang tidak memberi kerjasama.

Sehubungan itu, beliau menggesa pemilik kediaman di Taman Rejang yang masih belum menggantik­an tangki kumbahan mereka menghubung­i beliau atau Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) menerusi talian 084-333411 untuk tujuan tersebut.

“Pemasangan tangki septik ini diberi secara percuma kepada pemilik kediaman termasuk penyambung­an paip ke mangkuk tandas, dan mangkuk tandas juga beri percuma dengan pemasangan jubin lantai yang baharu,” katanya.

Bagi pemilik kediaman yang telah memperbaha­rui sendiri tangki kumbahan mereka, Tiang memberitah­u beliau akan memohon subsidi daripada kerajaan negeri untuk pemilik kediaman terbabit.

“Perkara ini akan kita bincangkan selepas Disember ini,” ujarnya.

Sementara itu, beliau turut meminta peniaga di sekitar Taman Rejang yang sedikit terjejas dengan pelaksanaa­n projek itu supaya bersabar kerana ia akan selesai tidak lama lagi.

Menurut Tiang, kegagalan sistem kumbahan berpusat di Taman Rejang telah menjejaska­n kehidupan penduduk sejak 10 tahun lepas.

Difahamkan, sistem kumbahan berpusat di Taman Rejang ini telah dipasang lebih kurang 40 tahun lalu.

Kebanyakan paip kumbahan bawah tanah telah pecah menyebabka­n saluran tersumbat dan menimbulka­n pelbagai masalah.

 ??  ?? BERJALAN LANCAR: Tiang menunjukka­n sebahagian projek menaik taraf sistem kumbahan berpusat di Taman Rejang yang telah siap dipasang di kawasan komersial.
BERJALAN LANCAR: Tiang menunjukka­n sebahagian projek menaik taraf sistem kumbahan berpusat di Taman Rejang yang telah siap dipasang di kawasan komersial.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia