Utusan Borneo (Sarawak)

PEDAS Sarikei santuni mangsa kebakaran Rh Chat Chemalien

-

SARIKEI: Musibah yang menimpa penduduk Rumah Chat Chemalien, Nanga Bilat, Julau terus mendapat perhatian pelbagai pihak.

Ketua Cawangan Persatuan Dayak Sarawak (PEDAS) Sarikei Lugat Aji berkata, simpati dengan beban penduduk rumah panjang berkenaan, persatuan tampil menghulurk­an bantuan.

“Berdasarka­n kemampuan dan keikhlasan, pihak PEDAS Sarikei telah menghulurk­an bantuan berupa barang-barang keperluan kepada mangsa.

“Walaupun dalam jumlah yang kecil, namun pihak persatuan berharap sedikit sebanyak ia mampu meringanka­n beban mereka,” katanya kepada media, semalam.

Sumbangan tersebut telah diserahkan oleh ahli-ahli PEDAS

Sarikei kepada Tuai Rumah Chat dan penduduk di rumah panjang berkenaan.

Antara sumbangan yang dihulurkan ialah bahan-bahan makanan dan pakaian.

Lugat turut berharap lebih banyak persatuan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti mereka tampil bagi menghulurk­an bantuan kepada mangsa kebakaran.

“Ini adalah peluang terbaik untuk kita menunaikan tanggungja­wab sosial kepada pihak yang memerlukan bantuan,” ujarnya lagi.

Turut hadir Timbalan Ketua PEDAS Sarikei Dawie Jamau, Bendahari PEDAS Sarikei Stewart Sedah dan ahli-ahli yang lain.

Pada petang 17 Ogos lepas, Rumah Chat musnah dalam kebakaran yang menyebabka­n pendudukny­a tinggal sehelai sepinggang.

Projek pintu air di Kampung Tengah Lingga dilaksana dalam masa terdekat

SRI AMAN: Projek pembinaan pintu air bernilai RM100,000 di Kampung Tengah Lingga akan dilaksana sejurus selesai proses cabutan undi dilaksanak­an Pejabat Residen Sri Aman.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Simoi Peri berkata, ia merupakan salah satu projek di bawah Program Transforma­si Luar

Bandar (RTP) bagi kawasan DUN Lingga.

Katanya, pembinaan pintu air itu merupakan permohonan daripada penduduk Kampung Tengah sebelum ini.

Tambahnya, apabila siap kelak ia akan mengatasi masalah air bertakung terutamany­a pada musim banjir dan air pasang besar.

 ??  ?? RINGANKAN BEBAN: Ahli-ahli PEDAS Sarikei menghulurk­an sumbangan kepada penduduk Rumah Chat Chemalien, Nanga Bilat, Julau.
RINGANKAN BEBAN: Ahli-ahli PEDAS Sarikei menghulurk­an sumbangan kepada penduduk Rumah Chat Chemalien, Nanga Bilat, Julau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia