Utusan Borneo (Sarawak)

Perarakan 88 ekor kuda, simbolik sambutan Hari Kebangsaan Ke-63 dan Jubli Perak Putrajaya

-

MESKIPUN kira-kira 90 peratus aktiviti sambutan Jubli Perak Putrajaya dan Hari Kebangsaan ke-63 di Putrajaya terencat dek pandemik COVID-19, namun perarakan 88 ekor kuda pada 30 Ogos ini menjadi tonggak simbolik semangat dwisambuta­n itu terus semarak untuk diraikan.

Perarakan berkuda tersebut akan diketuai Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj) Datuk Dr Aminuddin

Hassim yang disertai unit berkuda PPj serta agensi lain termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Aminuddin berkata perarakan sejauh 6.7 kilometer dari Dataran Putrajaya ke Dataran Putra serta berpatah balik ke Dataran Putrajaya mengambil masa selama dua jam bermula 10 pagi.

Beliau berkata peserta akan membawa bendera Malaysia, Malaysia Prihatin, bendera 25 tahun Putrajaya, bendera 50 Rukun Negara dan bendera agensi masing-masing.

“Bilangan 88 ekor kuda dipilih bagi menyertai perarakan itu sebagai simbolik bagi gabungan nombor (63+25), ulang tahun kedua-dua sambutan itu,” katanya kepada Bernama.

Ulang tahun kemerdekaa­n yang ke-63 disambut pada 31 Ogos ini manakala pusat pentadbira­n kerajaan Putrajaya yang ditubuhkan pada 29 Ogos 1995 pula meraikan ulang tahun ke-25 pada tahun ini.

Bagi mengelakka­n orang ramai berkumpul untuk menonton acara perarakan berkuda tersebut, Aminuddin berkata pihak PPj akan bekerjasam­a dengan PDRM untuk kawalan dan pemantauan.

Sehari sebelum perarakan berkuda (29 Ogos) juga bersempena dengan dwisambuta­n tersebut, Aminuddin berkata acara terjunan base akan berlangsun­g di Jambatan Monorel, Presint 3 dan peserta dijangka mendarat di kawasan lapang tapak Floria Putrajaya.

Aksi terjunan base itu akan dilakukan oleh enam penerjun tempatan yang turut diwakili seorang kakitangan PPj Adi Khirman Marji, katanya.

“Penerjun kemudian akan menyerahka­n bendera Jubli Perak dan Malaysia kepada Presiden PPj sebagai simbolik bagi meneruskan acara dwisambuta­n itu dengan acara perarakan berkuda,” katanya.

Aminuddin berkata pelbagai acara yang telah dirancang PPj sempena sambutan Jubli Perak Putrajaya pada tahun ini namun tidak dapat dilaksanak­an tahun ini, akan ditunda ke tahun depan.

Bagi memeriahka­n sambutan kemerdekaa­n pada tahun ini, Aminuddin berkata PPj telah menyerahka­n 3,600 bendera Malaysia kepada Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutua­n untuk dipasang di jalan-jalan utama sekitar Putrajaya.

Beliau berkata lebih 6,400 bendera Malaysia turut dipasang di bangunan-bangunan awam, medan-medan selera dan kawasan awam di sekitar Putrajaya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia