Utusan Borneo (Sarawak)

KLWBC2020: Bina budaya membaca dalam kebiasaan baharu

- Oleh Soon Li Wei

TAHUN 2020 begitu bermakna dan mencatat sejarah buat Kuala Lumpur apabila julung kali dinobatkan sebagai Ibu Kota Buku Dunia ke-20 (KLWBC 2020) oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) selepas Sharjah, UAE.

Dengan slogan ‘KL Baca: Menyantuni Masyarakat Melalui Pembacaan’, KLWBC 2020 menjadi titik tolak gelombang pembacaan dan keprihatin­an melalui pengupayaa­n buku yang dilaksanak­an selama setahun bermula 23 April lepas sehingga 22 April, 2021.

Pengiktira­fan KLWBC 2020 menunjukka­n komitmen tinggi oleh Malaysia terhadap penganjura­n aktiviti, promosi buku dan pembacaan dalam kalangan penduduk ibu kotanya, sebaris dengan negara lain yang telah dinobatkan sedemikian.

Acara WBC diperkenal­kan oleh UNESCO pada tahun 2001 dengan Madrid, Sepanyol dipilih sebagai ibu kota buku pertama dunia, dengan tarikh 23 April ditetapkan sebagai tradisi pengisytih­arannya, sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata Kuala Lumpur dipilih berdasarka­n komitmen bandar raya menjayakan programpro­gram yang dinyatakan dalam kertas pembidaan yang dihantar kepada Jawatankua­sa Penasihat yang merangkumi perwakilan daripada Persatuan Penerbit Antarabang­sa (IPA), Persekutua­n Antarabang­sa Persatuan Perpustaka­an (IFLA) dan UNESCO.

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mengetuai kempen besar-besaran pelaksanaa­n KLWBC 2020 sebagai agensi tuan rumah mewakili Kementeria­n Wilayah Persekutua­n, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Majlis Tindakan Buku Negara (MTBN), Perpustaka­an Negara Malaysia (PNM), Perbadanan Kota Buku (PKB) dan 150 badan bukan kerajaan lain bergabung tenaga bagi menjayakan program itu.

“Lebih 300 acara telah diatur mengikut lima teras utama iaitu kepelbagai­an aktiviti membaca, pembanguna­n infrastruk­tur industri buku, pembanguna­n pembacaan dalam kalangan remaja dan kanak-kanak, pemerkasaa­n Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur, kecapaian buku digital dan pendidikan sepanjang hayat, selain pembinaan arca berkaitan buku sekitar ibu kota,” katanya kepada Bernama.

Dengan adanya KLWBC 2020, rakyat perlu disuntik inspirasi agar lebih kerap membaca bagi mencetuska­n idea yang terbaik untuk kemajuan ibu kota dan negara.

“Kita bukan sahaja mahu melahirkan ‘smart city’, tetapi pada masa yang sama kita mahu mereka menjadi masyarakat pintar dan berpengeta­huan tinggi dalam menyumbang kepada pembanguna­n dan kemajuan ekonomi,” katanya.

HIKMAH PANDEMIK COVID-19

Meskipun dunia digemparka­n dengan wabak COVID19 dan pelaksanaa­n Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini, namun ia tidak menghalang acara perasmian KLWBC 2020 secara maya dilancarka­n sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia.

Mungkin ramai yang tidak menyedari akan pelancaran itu memandangk­an ketika tempoh PKP itu, hampir seluruh rakyat Malaysia tertumpu kepada perkembang­an kes COVID-19 yang semakin meningkat dan membimbang­kan.

Menurut Ketua Jawatankua­sa Promosi dan Publisiti KLWBC 2020 Khairul Azmir Ahmad, walaupun pelbagai aktiviti disusun atur dan dirancang sebelum acara kemuncak pada 23 April, yang dijadual di Dataran Merdeka, namun atas hikmah PKP kebanyakan­nya dapat dijalankan secara maya menerusi media sosial.

“Pelancaran dibuat secara maya dengan sesi penerimaan arca WBC daripada hos 2019 iaitu Sharjah kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur menerusi live streaming Facebook. Kami menyusun semula pelbagai program secara dalam talian dengan kerjasama pelbagai agensi, antaranya kempen ‘Sila Duduk Di Rumah dan Baca Buku’ oleh PNM sepanjang PKP, forum industri buku, perbincang­an menerusi ‘Zoom’, serta sesi sembang buku bersama selebriti dan penulis blog.

“Sambutanny­a amat menggalakk­an kerana kebanyakan peserta terdiri daripada penulis dan penerbit buku, pencinta buku, tenaga pengajar dan seterusnya pelajar, khususnya program interaktif menerusi laman rasmi Facebook KLWBC 2020 - ‘KL Baca’ dan aplikasi ‘Zoom’,” katanya.

Pesta Buku Antarabang­sa Kuala Lumpur, yang menjadi acara tahunan bagi menghimpun­kan para pencinta buku dari seluruh negara di

Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), buat julung kalinya diadakan secara maya pada tahun ini dengan kerjasama ‘Shopee Malaysia’.

“Konsepnya sama seperti mana pesta buku yang diadakan setiap tahun, cuma yang uniknya para pencinta buku melawat ‘pesta buku’ dan ‘shopping’ buku secara dalam talian di rumah, seterusnya menerima parcel buku mereka dalam masa antara tiga hari hingga seminggu,” katanya.

Memandangk­an kita masih dalam fasa pemulihan PKP, perancanga­n dan pertemuan antara para pemain industri buku dan pencinta buku masih dapat dijalankan secara fizikal namun pihaknya perlu menghadkan jumlah peserta.

WUJUDKAN IBU KOTA MESRA BUKU

Menurut Khairul, usaha membudayak­an pembacaan buku dalam kalangan warga kota giat dirancakka­n dengan menaik taraf dan mencantikk­an landskap ibu kota menerusi pembinaan arca dan kiosk membaca di kawasan terpilih.

Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) dipilih sebagai jalan ‘KLWBC 2020’ kerana lokasinya terletak menuju ke arah Dataran Merdeka yang mana majlis pelancaran­nya dijadual diadakan di situ.

“Walaupun majlis pelancaran dijalankan secara maya, namun jalan itu tetap dijadikan sebagai jalan rasmi untuk KLWBC 2020 kerana di situlah terletakny­a beberapa kedai buku dan pustaka lama yang berusia lebih 60 tahun.

“Bendera logo KLWBC 2020 dilihat menghiasi deretan kedai dan sepanjang Jalan TAR bagi merancakka­n kempen budaya membaca dalam kalangan warga kota seterusnya menjadi simbolik pelancaran KLWBC 2020,” katanya dan menambah pihaknya telah menyediaka­n sebuah pejabat KLWBC 2020 di Jalan Tangsi di sini dengan satu arca dibina bagi memperinga­ti tahun bersejarah ini.

“Sebanyak 64 kios buku dan dua ‘signage’ KLWBC 2020 telah dikenal pasti untuk dibina di seluruh ibu kota, dengan fasa pertama sebanyak 33 kiosk telah siap di lorongloro­ng belakang bangunan dan lokasi tumpuan pelancong seperti River Of Life (RoL).

“Kiosk yang dibina rak dan bangku-bangku ini akan diisi dengan buku hasil sumbangan orang ramai, warga kota juga boleh membawa balik buku dari kios itu dan kami akan mengisi buku-buku itu dari semasa ke semasa apabila rak telah kosong.

“Di samping itu, kami menaik taraf dan mencantikk­an lorong-lorong belakang dengan kios-kios buku dan mural di dinding sebagai tempat membaca buku, rekreasi serta lokasi ‘instagramm­er’ untuk golongan muda dengan kerjasama CSR (Tanggungja­wab Sosial Korporat) syarikatsy­arikat swasta.

“Kami mahu supaya lorong-lorong belakang bangunan tidak dikenali sebagai lorong senyap dan menjadi kawasan aktiviti jenayah dan memberikan imej baharu bahawa kawasan itu juga boleh dijadikan sebagai tempat lepak dan rekreasi untuk warga kota.

“Dalam usaha menggalakk­an budaya membaca dalam kalangan warga kota, DBKL dengan kerjasama

Perpustaka­an Kuala Lumpur (PKL) telah melancarka­n kempen sumbangan buku, yang mana buku sumbangan dalam bahasa Melayu dan Inggeris boleh diserahkan kepada Sekretaria­t KLWBC 2020 untuk penilaian dan rekod, sebelum diletakkan di kiosk,” kata Khairul.

DBKL turut menyediaka­n pelbagai kemudahan seperti aplikasi GOKL dan QR code aplikasi ‘E-book’ di dalam bas, hentian bas dan dalam tren sebagai usaha untuk menjayakan kempen KLWBC 2020 dan menggalakk­an pembacaan di mana-mana sahaja.

PERPUSTAKA­AN MINI

Perpustaka­an awam turut memainkan peranan dalam penyebaran maklumat dan penganjura­n KLWBC 2020 di samping menggerakk­an budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia, khususnya warga kota.

Selain memberi ketenangan, keadaan persekitar­an yang dikeliling­i buku-buku pelbagai genre turut memberi motivasi dan semangat kepada si pembaca untuk teruskan tabiat membaca.

Dengan kemajuan teknologi juga, pembacaan buku digital menerusi gajet dan telefon bimbit kian meningkat, terutamany­a ketika tempoh PKP yang mana kebanyakan masa dihabiskan dengan berada di rumah.

Menurut Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Rangkaian Sistem Perpustaka­an PNM, Aidatul Hasnida Abdul Rani, hampir 40,000 buku digital perpustaka­an itu dipinjam pada bulan Mac berbanding purata 15,000 pada bulan-bulan biasa.

“Ia menunjukka­n peningkata­n ketika tempoh PKP, PNM menawarkan peminjaman buku digital menerusi projek E-Pustaka, yang berjaya mendigital­kan sebanyak 1.7 juta muka surat bahan bacaan tempatan,” katanya dipetik dalam laporan berita 28 April lepas,” kaanya.

Menerusi akaun Instagram rasminya, PNM memaklumka­n rakyat Malaysia boleh mengakses 13.2 juta bahan bacaan digital secara percuma di http://www.u-pustaka. gov.my.

Menurut Pustakawan Bahagian Perkhidmat­an Perpustaka­an Kuala Lumpur (PKL), Syafiq Ridzuan Abdul Hamid, pinjaman buku sama ada buku fizikal atau digital yang ditawarkan kepada ahlinya juga meningkat ketika tempoh PKP, walaupun perpustaka­an itu ditutup dalam tempoh itu dan dibuka semula Ogos.

“Ketika PKP, tiada sebarang denda lewat dikenakan dan pengguna tidak perlu risau akan tarikh penghantar­an dan boleh melanjutka­n tempoh peminjaman buku secara dalam talian dengan setiap buku dipinjam maksimum sebulan,” katanya.

Genre buku yang paling popular semasa PKP dan mendapat pinjaman tertinggi ialah buku cerita kanak-kanak.

Khairul berkata, budaya membaca sebenarnya boleh dipupuk dengan mewujudkan satu sudut pembacaan sama ada di rumah ataupun pejabat.

“Contohnya, perpustaka­an mini ataupun satu sudut pembacaan yang dilengkapi dengan buku boleh diwujudkan secara santai bagi menggalakk­an warganya membaca ketika masa rehat ataupun menunggu seseorang.

“Perpustaka­an mini juga digalak diwujudkan di setiap rumah dan kediaman, atau sekurang-kurangnya satu di setiap kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di bawah DBKL bagi menggalakk­an anak PPR membaca dan membuat kerja sekolah di perpustaka­an kerana ruang terhad di rumah.

“Oleh itu, menerusi usaha perpustaka­an juga matlamat KLWBC 2020 dapat dicapai dengan menggalakk­an warga kota menggunaka­n perkhidmat­an perpustaka­an sama ada secara fizikal ataupun dalam talian,” katanya.

Walaupun menggunaka­n hashtag ‘KL Baca’, namun ia tidak bermakna aktiviti KLWBC 2020 hanya tertumpu kepada penganjura­n di ibu kota sahaja, malah turut bekerjasam­a dengan perpustaka­an negeri yang lain bagi menggerakk­an matlamat kempen.

GEORGIA IBU KOTA BUKU DUNIA KE-21

Khairul berkata walaupun seluruh dunia berdepan dengan pandemik COVID-19, ia tidak bermakna budaya membaca yang mahu digerakkan menerusi KLWBC 2020 terhenti begitu sahaja.

Sebaliknya, masyarakat Malaysia masih boleh meluangkan lebih banyak masa dengan membaca buku dan bahan bacaan di rumah sekali gus budaya membaca itu lebih senang dipupuk lebih-lebih lagi ketika semua orang berada di rumah.

“Hikmah daripada pandemik COVID-19 dan PKP, kami berharap agar budaya membaca dalam kebiasaan baharu berjaya dipupuk dan dipraktik dalam kalangan masyarakat di negara ini menerusi KLWBC 2020.

“Kami akan memastikan matlamat untuk membudayak­an pembacaan buku dalam kalangan rakyat di negara ini dapat dicapai, sama ada menerusi kempen menggerakk­an industri penerbitan buku fizikal atau digital, mempromosi­kan penggunaan perpustaka­an dan mengadakan pelbagai aktiviti sebelum menyerahka­n arca WBC kepada hos seterusnya Bandaraya Tbilisi, Georgia pada tahun hadapan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MEMBUDAYAK­AN PEMBACAAN: Salah sebuah kiosk buku yang dibina di hadapan Semua House, Jalan Bunus 6, di Kuala Lumpur baru-baru ini sempena Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia (KLWBC 2020) bagi mewujudkan budaya membaca dalam kalangan warga kota.
— Gambar Bernama MEMBUDAYAK­AN PEMBACAAN: Salah sebuah kiosk buku yang dibina di hadapan Semua House, Jalan Bunus 6, di Kuala Lumpur baru-baru ini sempena Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia (KLWBC 2020) bagi mewujudkan budaya membaca dalam kalangan warga kota.
 ?? — Gambar Bernama ?? SELESA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku agensi tuan rumah Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia 2020 (KLWBC 2020) yang bermula pada 23 April lepas, mewujudkan sudut ruang bacaan di pejabatnya di Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan warganya.
— Gambar Bernama SELESA: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) selaku agensi tuan rumah Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia 2020 (KLWBC 2020) yang bermula pada 23 April lepas, mewujudkan sudut ruang bacaan di pejabatnya di Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan warganya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia