Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada perarakan Hari Kebangsaan

Saifuddin galak rakyat zahir semangat patriotik di media sosial

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia semalam menyeru rakyat di negara ini agar menghidupk­an suasana sambutan Hari Kebangsaan yang akan disambut pada 31 Ogos ini dengan penuh semangat patriotik sekalipun negara sedang berdepan ancaman pandemik COVID-19.

Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah berkata walaupun tiada perarakan Hari Kebangsaan diadakan pada tahun ini, rakyat boleh meraikan sambutan secara kreatif dan berkongsi gambar atau video menerusi media sosial.

“Kita galakkan rakyat ambil gambar dan video dan kongsikan kreativiti mereka untuk mengekspre­sikan Hari Kebangsaan. Oleh kerana tiada acara seperti biasa, tidak bermakna kita tidak boleh menghidupk­an semangat sambutan negara secara bersama,” katanya ketika menjadi tetamu program Malaysia Hari Ini yang disiarkan stesen televisyen TV3.

Menurut Saifuddin, sambutan Hari Kebangsaan tahun ini juga adalah serentak

dengan ulang tahun ke-50 Rukun Negara yang dilancarka­n Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 9 Julai lepas.

Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini akan diadakan di Dataran Pahlawan, Putrajaya pada 31 Ogos dan seterusnya sambutan Hari Malaysia pada 16 Sept yang akan berlangsun­g di Sibu, Sarawak.

Menurutnya, Yang diPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AlMustafa Billah Shah turut berkenan berangkat ke Dataran Pahlawan bagi upacara menerima tabik hormat daripada pasukan kawalan keselamata­n utama dan seterusnya menyampaik­an titah diraja yang akan disiarkan secara langsung.

“Kebiasaann­ya tiada titah diraja pada Hari Kebangsaan tetapi kerana 50 tahun lepas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada masa itu mengisytih­arkan Rukun Negara pada tarikh 31 Ogos, maka kita ambil bersempena ulang tahun 50 tahun itu untuk ucapan titah baginda,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin berkata tema ‘Malaysia Prihatin’ yang dipilih bagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini melambangk­an

Malaysia sebagai negara yang berbilang kaum dan bersatu padu, manakala ‘prihatin’ merujuk kepada aspek kebersamaa­n rakyat Malaysia terutamany­a dalam berdepan suasana kebiasaan baharu.

“Untuk menjadi patriotik dan prihatin tidak perlu buat perkara besar-besar. Bantu bagi pelitup muka kepada teman, mengingatk­an satu sama lain tentang penjarakan fizikal, kutip sampah tepi jalan, itu semua aksi-aksi prihatin. Tidak perlu jadi menteri untuk jadi patriotik,” katanya.

Saifuddin yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020 berharap setiap stesen televisyen berusaha menghidupk­an suasana sambutan itu bagi memastikan hari berkenaan diraikan bersama.

“Selalu kita tengok selain perarakan tentera akan ada juga aset-aset yang dibawa ke Dataran Merdeka tetapi kali ini takkan nak dibawa asetaset itu ke studio...semuanya bergantung pada kreativiti stesen-stesen televisyen,” katanya. — Bernama

Kita galakkan rakyat ambil gambar dan video dan kongsikan kreativiti mereka untuk mengekspre­sikan Hari Kebangsaan. Oleh kerana tiada acara seperti biasa, tidak bermakna kita tidak boleh menghidupk­an semangat sambutan negara secara bersama.

Datuk Saifuddin Abdullah

Menteri Komunikasi dan Multimedia

 ??  ?? SERAH KUNCI: (Dari kiri) Adrian Ong (Ketua Pegawai Eksekutif MR. D.I.Y), Azlam, Iskandar dan Prof Madya Dr Nik Sherina Haidi Hanafi (Ketua Pusat Rawatan Primer Pusat Perubatan Universiti Malaya).
SERAH KUNCI: (Dari kiri) Adrian Ong (Ketua Pegawai Eksekutif MR. D.I.Y), Azlam, Iskandar dan Prof Madya Dr Nik Sherina Haidi Hanafi (Ketua Pusat Rawatan Primer Pusat Perubatan Universiti Malaya).
 ??  ?? SERBA GUNA: The ZONE di UMMC akan berfungsi sebagai ruang serba guna untuk pekerja dan pelajar UMMC.
SERBA GUNA: The ZONE di UMMC akan berfungsi sebagai ruang serba guna untuk pekerja dan pelajar UMMC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia