Utusan Borneo (Sarawak)

Maxis lancar Terus Menerajui sediakan pelbagai program digitalisa­si, tawaran menarik

-

KUALA LUMPUR: Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-25 Maxis dan sambutan Hari Kemerdekaa­n Ke-63 pada bulan ini, Maxis Berhad (Maxis) telah melancarka­n tujuan jenama baharunya dikenali sebagai Terus Menerajui.

Terus Menerajui ini akan menyediaka­n pelbagai program digitalisa­si dan tawaran menarik buat pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Gokhan Ogut berkata: “Terus Menerajui merangkumi perubahan, pertumbuha­n, penemuan dan penyelesai­an baru melalui teknologi.

“Dengan tujuan jenama baharu kami ini, muncul identiti korporat baharu dan nilai-nilai yang didokong oleh Maxis dan warga kerjanya, yang mendorong kami semua ke arah visi untuk menjadi syarikat penyelesai­an terpadu yang terkemuka di negara ini.

“Kami membuat komitmen kepada semua rakyat Malaysia, dari individu dan keluarga, kepada perniagaan dan seluruh komuniti, bahawa Maxis akan membolehka­n dan menjadi pelatih digital mereka untuk membantu mereka memanfaatk­an teknologi terbaik di rangkaian nombor satu sehingga mereka dapat terus menerajui dan sempena dengan Hari Merdeka yang akan datang, tepat pada masanya kita meraikan negara yang selalu maju.”

Untuk menghidupk­an kempen, Maxis telah mempamerka­n kisah-kisah inspirasi daripada individu dan perusahaan sosial yang bukan sahaja menunjukka­n kemungkina­n teknologi dan Internet untuk kehidupan kita, tetapi pentingnya bagaimana mereka memperkaya komuniti di sekitar mereka.

Pada masa sama, sebuah filem jenama pendek untuk menggambar­kan ini ditayangka­n secara eksklusif kepada media dan untuk meraikan 25 tahun teknologi perintis telekomuni­kasi di Malaysia, Maxis juga melancarka­n video yang memaparkan kejayaan yang mencetuska­n banyak nostalgia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia