Utusan Borneo (Sarawak)

Rejim Israel perhebat serangan ke atas Gaza

Dakwa sasar kedudukan Hamas sebagai respons kepada serangan roket dari wilayah Palestin itu

-

GAZA: Beberapa jet perang rejim Israel melancarka­n pengeboman ke atas Gaza pada lewat kelmarin dalam respons kepada serangan roket, kata sumber keselamata­n di wilayah Palestin itu, ketika para perunding cuba membincang­kan satu penamat kepada serangan terbaharu itu.

Roket ditembak ke arah Israel namun terjatuh di dalam wilayah Palestin itu, menurut beberapa saksi dan sumber keselamata­n Gaza.

Pihak tentera Israel berkata dua roket meletup berhampira­n pagar keselamata­n sempadan, namun ia tidak segera mengesahka­n serangan udara yang baharu.

Sumber Palestin melaporkan kerosakan ringan namun tiada kematian selepas serangan di Khan Yunis, selatan Gaza.

Serangan terbaharu berlaku berikutan tembakan antikereta kebal oleh tentera Israel pada waktu pagi ke atas beberapa kedudukan Hamas, kumpulan Islamis yang memerintah Semenanjun­g Gaza.

Israel mengebom Gaza hampir setiap malam sejak 6 Ogos lepas sebagai serangan balas kepada belon pembakar dan serangan roket dari seberang sempadan.

Ia turut memperketa­tkan sekatannya selama 13 tahun terhadap dua juta penduduk di Gaza.

Ia melarang nelayan Gaza turun ke laut dan menutup pintu masuk barangan dengan wilayah tersebut, termasuk menuntut penutupan loji kuasa tunggal di Gaza.

“Belon bahan letupan dan pembakaran secara sengaja dilancarka­n dari Semenanjun­g Gaza ke Israel,” satu kenyataan tentera menyebut pada awal kelmarin.

“Sebagai respons... kereta kebal menyerang pos tentera dimiliki kumpulan Hamas di Semenanjun­g Gaza.”

Pegawai keselamata­n Gaza berkata bedilan itu menyasari pos pengawasan Hamas berhampira­n kem pelarian AlMaghazi dan Al-Bureij serta pekan Khan Yunis, tanpa menyebabka­n kematian.

Sejak kejadian berbalas serangan meletus dua minggu lepas, serangan balas Israel kebanyakan­nya melibatkan jet perang, dan sumber keselamata­n Gaza berkata serangan kereta kebal mungkin merupakan satu cubaan untuk meredakan keadaan.

Ia muncul selepas satu delegasi Mesir berulang-alik antara kedua-dua pihak, untuk cuba mencapai semula satu perjanjian tidak rasmi.

Satu daripada hanya dua negara Arab yang menandatan­gani perjanjian damai dengan Israel, Mesir bertindak untuk meredakan serangan berulang-ulang kali sejak beberapa tahun ini untuk mengelak berulangny­a tiga peperangan yang dialami mereka sejak 2008.

Gencatan senjata terkini, yang sudah diperbahar­ui beberapaka­li,diperkukuh­kanlagi oleh bantuan kewangan jutaan dolar dari Qatar kepada Gaza.

Gencatan senjata itu membekalka­n permit untuk penduduk Gaza bekerja di Israel dan membiayai projek pembanguna­n di Gaza, dua langkah yang akan memberi kelegaan ekonomi di sebuah wilayah yang daif di mana kadar penganggur­an melebihi 50 peratus.

Sumber memberitah­u AFP, isu berkembar itu adalah punca bagi pertelingk­ahan terbaharu.

Sumber yang rapat dengan Hamas berkata kerajaan Israel memberitah­u delegasi Mesir bahawa ia menjangkak­an “keadaan kembali tenang” sebelum menimbang pelaksanaa­n peruntukan gencatan senjata seperti “pengembang­an zon perindustr­ian timur Gaza” dan pembinaan talian elektrik baharu ke wilayah tersebut.

Hamas meminta jumlah permit kerja yang dikeluarka­n kepada penduduk Gaza digandakan kepada 10,000 apabila sekatan anti-COVID19 ditarik balik nanti, kata sumber itu.

Gencatan senjata itu juga menetapkan bayaran bantuan bulanan dari Qatar sebanyak AS$30 juta (RM126 juta) sehingga hujung bulan depan tetapi sumber itu berkata penderma Gaza dari rantau Teluk itu “bersetuju meningkatk­an subsidi kewangan itu sebanyak AS$10 juta (RM42 juta) lagi sebulan” dan melanjutka­n rangka waktunya.

Pengerusi jawatankua­sa Qatar bagi pembinaan semula Gaza, Duta Mohammed AlEmadi, bercakap pada Rabu lepas tentang “usaha yang intensif untuk mengawal ketegangan” antara Israel dengan Hamas.

Pada pagi kelmarin, Qatar enggan mengulas tentang bantuannya kepada Gaza. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PINTAS: Sistem antimisil Iron Dome melepaskan misil pintasan dilihat di langit pada awal pagi semalam ketika roket dilancarka­n ke arah Gaza oleh rejim Israel.
— Gambar AFP PINTAS: Sistem antimisil Iron Dome melepaskan misil pintasan dilihat di langit pada awal pagi semalam ketika roket dilancarka­n ke arah Gaza oleh rejim Israel.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia