Utusan Borneo (Sarawak)

Muat naik status berkenaan ‘akhirat’ di aplikasi WhatsApp, sebelum lemas

-

KUALA BERANG: Seorang bapa tidak menyangka, tindakan anaknya yang sering memuat naik status berkenaan ‘akhirat’ di aplikasi WhatsApp sejak minggu lepas, merupakan petanda bahawa anaknya itu akan pergi buat selama-lamanya akibat kejadian lemas di Sungai Kelemin, Felda Mengkawang, di sini petang kelmarin.

Mohd Radhi Kamarudin, 41, berkata, Faris Iskandar, 19, yang merupakan pelajar di Kolej Penerbanga­n Admal itu, menunjukka­n perubahan sikap daripada seorang yang pendiam menjadi banyak bercakap dan bercerita.

“Apabila saya baca status yang dimuat naik arwah sebelum ini, saya merasakan ada sesuatu yang bakal berlaku, namun saya tidak ambil pusing sangat hal berkenaan kerana menganggap ia perkara biasa yang dilakukan oleh remaja seusianya.

“Arwah juga merupakan seorang yang pendiam, tetapi akhir-akhir ini dia banyak bercerita, memberi nasihat serta mengingatk­an temanteman­nya akan kehidupan di dunia yang singkat.

Dia seolah-olah tahu ajalnya bakal tiba,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu lewat malam kelmarin.

Dalam pada itu Mohd Radhi berkata, anaknya juga dilihat keberatan untuk pergi ke Sungai Kelemin kelmarin, namun tetap menyertai aktiviti perkelahan bersama keluargany­a itu.

“Sejak kecil lagi Faris Iskandar selalu mengikuti ke mana sahaja ‘trip’ saya pergi, dan sentiasa menjadi peneman ketika saya memandu, tidak sangka perkelahan kali ini merupakan ‘perjalanan’ terakhir saya bersama arwah.

“Walaupun sedih dan terkilan dengan kehilangan­nya, tetapi saya reda. Sewaktu saya melihat jenazah arwah tadi (kelmarin), arwah seolaholah sedang tidur seperti kebiasaany­a di rumah,” katanya dalam keadaan sebak.

Mohd Radhi berkata, anaknya lemas selepas berjaya membantu seorang kanakkanak lelaki berusia 11 tahun dan seorang lelaki berusia 28 tahun, yang hampir lemas ketika mandi di sungai yang sama.

Sementara itu Ketua Polis Hulu Terengganu Deputi Superinten­dan Mohd Adli Mat Daud berkata, pihaknya menerima laporan kes lemas itu pada jam 6.10 petang kelmarin dan operasi mencari dan menyelamat mangsa dijalankan oleh pihak bomba dan orang awam.

“Mayat mangsa ditemukan pada pukul 7.33 malam tadi (kelmarin) dan telah dibawa ke Hospital Hulu Terengganu.

Hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas, kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEDIH: Muhammad Amirul dan Muhammad Aidil tidak dapat menahan kesedihan selepas keduadua mangsa meninggal dunia akibat lemas di Pantai Kampung Tanjung, Seberang Takir, Kuala Terengganu.
— Gambar Bernama SEDIH: Muhammad Amirul dan Muhammad Aidil tidak dapat menahan kesedihan selepas keduadua mangsa meninggal dunia akibat lemas di Pantai Kampung Tanjung, Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia