Utusan Borneo (Sarawak)

77 dikompaun, sembilan direman ingkar PKPP

Seramai 14,391 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabang­sa: Ismail Sabri

-

KUALA LUMPUR: Seramai 86 individu ditahan atas kesalahan ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan 77 daripadany­a dikompaun manakala sembilan individu direman, kelmarin.

Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata tangkapan itu hasil tindakan Pasukan Petugas Operasi Pematuhan dilaksanak­an Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang membuat 56,760 pemeriksaa­n, kelmarin.

Mengenai Operasi Benteng bagi mengawal sempadan negara pula, PDRM mengadakan 63 sekatan jalan raya dan memeriksa 32,279 kenderaan semalam bagi mengekang kemasukan

pendatang tanpa izin terutamany­a di lorong tikus dan dua pendatang tanpa izin ditangkap dalam operasi itu, katanya dalam kenyataan mengenai perkembang­an PKPP, semalam.

Sementara itu, sejak 24 Julai

hingga kelmarin, seramai 14,391 individu pulang ke tanah air melalui pintu masuk sempadan antarabang­sa dan ditempatka­n di 66 hotel dan lima Institut Latihan Awam (ILA).

Daripada jumlah itu, Ismail

Sabri berkata 43 individu dihantar ke hospital untuk rawatan manakala 7,062 telah didiscaj dan dibenarkan pulang.

“Mereka pulang dari 32 negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja,

Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Timor Leste, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat,” katanya.

Beliau berkata PDRM juga mengadakan 327 pemeriksaa­n terhadap individu yang menjalani kuarantin wajib 14 hari di kediaman masing-masing kelmarin, dan mendapati mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Selain itu, katanya sebanyak lapan operasi sanitasi awam dilaksanak­an di Sabah,

Pahang, Kedah, dan Pulau Pinang, kelmarin.

Ismail Sabri berkata Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat pemantauan 12 jenis bekalan barangan di 725 premis perniagaan semalam, melibatkan peruncit (547), pemborong (148) serta pengilang (30) dan secara keseluruha­n bekalan barangan keperluan didapati mencukupi.

KPDNHEP turut melakukan 1,103 pemeriksaa­n khas dan mendapati 1,089 premis mematuhi SOP manakala 13 premis diberikan nasihat dan sebuah premis lagi diberi amaran kerana tidak mematuhi SOP, katanya. — Bernama

Mereka pulang dari 32 negara iaitu Filipina, Thailand, Indonesia, Kemboja, Singapura, Vietnam, Brunei, Qatar, Pakistan, Arab Saudi, Hong Kong, India, Emiriah Arab Bersatu, Jepun, Turki, Korea Selatan, Iran, Nepal, Bangladesh, Myanmar, Timor Leste, Taiwan, China, United Kingdom, Belanda, Papua New Guinea, Mesir, Sepanyol, Perancis, Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Menteri Kanan (Kluster Keselamata­n)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia