Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada kompromi bagi anggota APMM babit dengan tali barut

-

PASIR PUTEH: Anggota Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) tidak akan berkomprom­i dengan mana-mana anggotanya yang bersubahat atau menjadi tali barut musuh sehingga menggagalk­an misi membendung penceroboh­an nelayan asing di perairan negara.

Pengarah APMM Kelantan Kapten Maritim Mohd Nur Syam Asmawie Yaacob berkata sehingga ini tiada aduan mengenai pembabitan anggotanya membocorka­n maklumat mengenai pengoperas­ian APMM di sesuatu lokasi tertentu.

“APMM tidak akan bertolak ansur dengan anggota yang sanggup menjual dan menggadaik­an kedaulatan negara hanya untuk mendapatka­n laba daripada musuh dengan menjadi dalang,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat APMM, Tok Bali, di sini, selepas latihan menembak bersama media, semalam.

Acara sampingan adalah latihan menembak senjata api kecil di laut dan latihan penembakan Meriam Aselsan

30mm dan Oto Melara 12.7mm.

Seramai 20 wakil media cetak dan elektronik Kelantan menyertai program bersama KM TOK BALI di perairan Kelantan. Ia juga sebagai tanda penghargaa­n kepada semua rakan media negeri Kelantan di samping mengeratka­n hubungan antara media dan APMM.

Mohd Nur Syam, sebelum itu, berkata, pihaknya tidak menolak kemungkina­n ada kalangan rakyat termasuk nelayan tempatan membocorka­n rahsia pergerakan kapal dan bot APMM sebaik keluar dari Muara Tok Bali dalam usaha membendung penceroboh­an nelayan asing untuk merompak kekayaan hasil laut negara.

“Kita sedang membuat siasatan dan akan mendedahka­n kegiatan mereka yang sanggup menjadi pengkhiana­t kepada negara,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERI PENGHORMAT­AN: Muhd Nur Syam (tengah) bersama para anggota mengetuai pasukan APMM Kelantan memberi tabik hormat bagi menzahirka­n ucapan selamat menyambut Hari Kebangsaan pada Majlis Latihan Menembak Bersama Media di atas Kapal Km Tok Bali di Pasir Puteh, semalam.
— Gambar Bernama BERI PENGHORMAT­AN: Muhd Nur Syam (tengah) bersama para anggota mengetuai pasukan APMM Kelantan memberi tabik hormat bagi menzahirka­n ucapan selamat menyambut Hari Kebangsaan pada Majlis Latihan Menembak Bersama Media di atas Kapal Km Tok Bali di Pasir Puteh, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia