Utusan Borneo (Sarawak)

Penerbanga­n ke-50 Misi Vande Bharat bawa pulang 177 warga India

-

KUALA LUMPUR: Penerbanga­n pulang ke-50 di bawah Misi Vande Bharat India (VBM) membawa pulang kira-kira 177 warga India yang terkandas di Kuala Lumpur ke New Delhi, India, Rabu lepas (19 Ogos).

Suruhanjay­a Tinggi India ke Malaysia, dalam satu kenyataan berkata penerbanga­n Air India Xpress IX 1121 ke New Delhi berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur, membawa semua warganegar­a India yang terkandas berikutan pelaksanaa­n sekatan perjalanan akibat COVID-19.

Menurut kenyataan itu, Pesuruhjay­a Tinggi India

Mridul Kumar hadir di lapangan terbang bagi meninjau proses dan bertemu dengan penumpang India yang pulang dengan penerbanga­n pulang ke-50 itu.

“Di bawah Misi Vande Bharat, bukan hanya warga India yang kembali ke tanah air, tetapi juga ramai rakyat Malaysia telah dihantar pulang dari India.

“Lebih penting lagi, lebih 800 warga India yang berada di pelbagai pusat tahanan di Malaysia juga dihantar pulang ke India dengan penerbanga­n VBM,” kata Mridul kepada wartawan ketika ditemui di lapangan terbang.

Pesuruhjay­a Tinggi mengucapka­n terima kasih kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Luar Datuk Seri Hishammudd­in Tun Hussein, dan Menteri Kanan (Pertahanan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas sokongan berterusan mereka dalam penghantar­an pulang warga India.

Beliau turut menyampaik­an penghargaa­n kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan dan Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswara­n kerana memberikan sokongan tepat pada masanya dalam penghantar­an balik warga yang terkandas dari India dan Malaysia. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia