Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia.com bakal menjadi peneraju platform perjalanan sehenti dan gaya hidup di ASEAN

-

KUCHING: AirAsia.com kini berkembang menjadi sebuah platform e-dagang perjalanan sehenti dan gaya hidup terkemuka di ASEAN yang menawarkan produk seperti penerbanga­n, hotel, aktiviti pelanconga­n dan banyak lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia.com Karen Chan menerusi kenyataan medianya semalam berkata, pihaknya baru-baru ini telah melancarka­n Pas Tanpa Had di Malaysia dan Thailand yang menawarkan para tetamu pilihan untuk ‘beli sekarang, terbang kemudian.’

“Tawaran ini adalah relevan atas sebab ketidakten­tuan yang kita hadapi disebabkan penutupan sempadan dan sekatan perjalanan udara.

“Sebagai sebuah produk unik dan pertama di Asia, pelancaran­nya di Malaysia dan Thailand mendapat sambutan memberangs­angkan, dan menandakan permintaan tinggi bagi perjalanan udara,” jelasnya.

Tambah beliau, pihaknya telah berjaya menjual lebih 200,000 pas semasa tempoh kempen ini dijalankan dan telah menerima banyak permintaan untuk memperkena­lkan produk ini di pasaran lain.

Dalam pada itu beliau memaklumka­n bahawa AirAsia akan terus memantau situasi perjalanan domestik di semua pasaran.

“Justeru, kami teruja untuk melancarka­n Pas Tanpa Had di pasaran lain (seperti Indonesia dan Filipina) apabila sekatan perjalanan dilonggark­an.

“Berikutan kejayaan Pas Tanpa Had di Malaysia dan Thailand, kami meluaskan tawaran lain termasuk hotel dan aktiviti seperti Pakej Hotel Bundle Deals bersama Pakej Activity Bundle Deals,” katanya.

Menurut beliau, tawaran ini bukan sahaja berpatutan dan mudah, malah membolehka­n para tetamu untuk menikmati penjimatan sehingga 50 peratus untuk penginapan lebih 10 malam dengan rakan kongsi hotel pihaknya.

Mengulas mengenai perkembang­an SNAP, beliau menjelaska­n sehingga kini, pihaknya telah bekerjasam­a dengan hampir 400 rangkaian hotel dan lebih 100 hotel persendiri­an di Malaysia, Thailand dan Indonesia dan akan terus memperluas­kan kerjasama ini di negara ASEAN bermula dari Thailand.

Berikutan kebiasaan baharu juga, pihaknya menyusun semula keutamaan perniagaan kepada perjalanan domestik untuk jangka pendek, selain melancarka­n IKHLAS. com, sebuah platform untuk produk perjalanan dan gaya hidup mesra Muslim.

“IKHLAS mempunyai perkhidmat­an dalam pelbagai kategori khusus untuk umat Islam, daripada pilihan perjalanan Umrah dan Haji FIT (Pengembara Bebas), pilihan perjalanan untuk Umrah dan Haji (apabila sekatan dibuka semula), kepada produk pengguna yang disahkan halal di laman e-dagangnya, dan perkhidmat­an Qurban dalam talian, supaya umat Islam dapat menjalanka­n ibadah mereka walaupun dalam sekatan perjalanan,” ujarnya lagi.

 ??  ?? KAREN CHAN
KAREN CHAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia