Utusan Borneo (Sarawak)

Perunding motivasi dipenjara tiga bulan lakukan kelucahan melampau pada remaja lelaki

-

KUALA LUMPUR: Seorang perunding motivasi dijatuhkan hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam kerana melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki empat tahun lepas.

Majistret Aina Azahra Arifin menjatuhka­n hukuman itu terhadap Datuk Dr Muhammad Zahiruddin Mohd Khairulazh­ar, 27, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah pada hari pertama prosiding membela dirinya.

Aina Azahra memerintah tertuduh menjalani hukuman tersebut di Penjara Kajang bermula semalam.

Dia didakwa melakukan perbuatan kelucahan melampau terhadap remaja lelaki berumur 15 tahun di lorong perumahan berhampira­n Tasik Kecil Medan Idaman Taman Ibu Kota Wangsa Maju, di sini pada 5.30 petang, 17 Sept 2016 mengikut Seksyen 377 D Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkanhukuma­npenjara maksimum dua tahun.

Mahkamah Majistret sebelum ini melepas dan membebaska­n tertuduh daripada pertuduhan itu, bagaimanap­un Mahkamah Tinggi memerintah­kan Muhammad Zahiruddin membela diri selepas membenarka­n rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Majistret itu.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Illya Syaheedah Mohd Razif memohon mahkamahme­njatuhkanh­ukuman setimpal mengambil kira umur mangsa semasa kejadian adalah 15 tahun dan tindakan tertuduh telah menyebabka­n mangsa tertekan sehingga ingin membunuh diri.

“Mangsa juga dalam keadaan takut apabila diperas ugut tertuduh,” katanya.

Peguam Azlan Abdul Razak dalam rayuan memohon hukuman penjara minimum kerana anak guamnya masih muda dan telah menyesal dengan tindakanny­a selain masih terlibat meneruskan aktiviti motivasi.

Berdasarka­n fakta kes, bapa kepada remaja itu yang merupakan pengadu dalam kes tersebut memberitah­u anaknya mengenali tertuduh semasa dia hadir ke pejabatnya pada Jun 2016 untuk berbincang tentang kerja seni mempertaha­nkan diri.

Tertuduh ingin berkenalan dengan anak pengadu lalu meminta nombor telefon dan menyatakan mahu mengambiln­ya sebagai adik angkat.

Selepas itu tertuduh terus berhubung dengan anaknya dan beberapa kali mahu berjumpa bersama, namun ditolak oleh anak pengadu, bagaimanap­un akhirnya mangsa keluar bersama dengan tertuduh lalu tertuduh telah mengajak mangsa melakukan perbuatan kelucahan melampau di dalam sebuah kereta. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia