Utusan Borneo (Sarawak)

Demba Ba seru dunia bola sepak kecam penindasan dialami masyarakat Uighur

-

LONDON: Bekas penyerang Liga Perdana Inggeris (EPL) Demba Ba telah menyeru kepada dunia bola sepak untuk mengecam penindasan yang didakwa dialami masyarakat minoriti Uighur yang kebanyakan­nya adalah orang Muslim di China, dan menuduh sukan bola sepak mengutamak­an wang lebih daripada moral.

Pemain antarabang­a Senegal itu, seorang Muslim yang pernah bermain lebih 50 kali untuk kelab Shanghai Shenhua di China, memberitah­u BBC bahawa dia bersedia untuk menerajui satu pergerakan pembelaan.

Parti Komunis yang memerintah China menerima tekanan antarabang­sa yang semakin meningkat berhubung nasib masyarakat minoriti di wilayah barat laut Xinjiang.

Lebih sejuta orang etnik Uighur dan masyarakat minoriti lain, kebanyakan­nya orang Turkik Muslim, telah dimasukkan ke dalam kem tahanan untuk menjalani indoktrina­si politik, menurut kumpulan hak asasi manusia dan pakar.

China berkata kem tersebut merupakan “pusat pendidikan vokasional” yang diperlukan untuk menangani fahaman pelampau agama dan merangsang pekerjaan.

Ba, yang juga pernah bermain untuk Chelsea, Newcastle United dan West Ham United, berkata: “Saya perlu cuba dan menganjurk­an sesuatu supaya pemain bola sepak dapat berkumpul dan, buat sementara waktu, bercakap mengenai perkara ini kerana tidak ramai orang mahu bercakap mengenainy­a.

“Saya tahu ada pemain bola sepak yang mahu berjuang demi keadilan, sama ada Muslim, pengikut Buddha, Kristian, mana-mana kepercayaa­n,” tambah Ba, 35 tahun, yang kini bermain untuk Basaksehir di Turki.

“Sebagai orang sukan, kami ada kuasa yang kami sendiri tidak tahu. Jika kami berkumpul dan berbincang, keadaan akan berubah. Jika kami berdiri, orang akan berdiri bersama kami.”

Ba menyertai Mesut Ozil dari Arsenal untuk keluar dari barisan berhubung layanan China ke atas masyarakat Uighur di sana.

Pemain tengah Jerman itu bersuara pada tahun lepas, yang mendorong TV kerajaan China untuk menamatkan siaran bagi satu perlawanan Arsenal.

Ozil pada minggu lepas mengecam apa yang dia sebut sebagai kegagalan Arsenal untuk menyokongn­ya.

Arsenal tidak mengkritik Ozil bagi kenyataann­ya itu tetapi menulis dalam Weibo ala Twitter di China bahawa kelab itu “sentiasa mematuhi prinsip” untuk tidak melibatkan diri dalam politik. — AFP

 ??  ?? DEMBA BA
DEMBA BA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia