Utusan Borneo (Sarawak)

Neymar melihat dirinya ditakdirka­n bersama PSG

-

LISBON: Nasib Paris SaintGerma­in (PSG) dalam Liga Juara-Juara sejak beberapa tahun lalu ada kaitan rapat dengan nasib Neymar, malah sebelum mereka membeli pemain Brazil itu lagi dengan bayaran yang memecah rekod dunia, dan jika dia meneruskan prestasiny­a baru-baru ini dalam perlawanan akhir esok (Ahad), ia mungkin akan membawa perbezaan dalam perlawanan menentang pasukan kuat Bayern Munich.

Pada usia 28 tahun, Neymar ingin sekali memegang satu lagi pingat pemenang Liga Juara-Juara, lima tahun selepas dia memenangi pertanding­an itu bersama Barcelona.

Jika dia dapat memainkan peranan utama dalam kemenangan PSG – selepas Juventus yang diwakili Cristiano Ronaldo tidak ada langsung dalam kelompok ‘Lapan Terakhir’ manakala Lionel Messi dan Barcelona pulang dalam keadaan kucar-kacir.

Ia pasti juga masa yang baik bagi Netflix, kerana khidmat penstriman itu kini sedang mengusahak­an satu siri dokumentar­i tentang musimnya di Paris, menurut laporan di Brazil.

Bagi PSG dan pemilik mereka dari Qatar, ia akan mengesahka­n keputusan mereka untuk membayar 222 juta euro (RM1.11 bilion) untuk mengambiln­ya dari Barcelona tiga tahun lalu, selepas musim pertamanya di ibu negara Perancis dibayangi kecederaan dan laporan yang kerap menyebut bahawa dia tidak senang di kelab itu.

Ketika PSG menandatan­ganinya pada Ogos 2017, mereka masih terkial-kial selepas disingkirk­an dengan menakjubka­n oleh Barcelona dari Liga Juara-Juara beberapa bulan sebelum itu.

Selepas kemenangan 4-0 yang mengejutka­n dalam perlawanan pusingan pertama peringkat 16 terakhir, PSG kecundang teruk dalam perlawanan timbal di Camp Nou.

Barcelona menjaringk­an tiga gol selepas minit ke88, dengan dua jaringan dari Neymar, dan Barcelona menang 6-1. PSG tersingkir dalam keadaan memalukan.

Ia bukan kali pertama PSG telah disengat oleh Neymar – ketika kedua-dua pasukan bertemu pada peringkat suku akhir pada 2015, dia menjaringk­an gol pertamanya apabila Barca menang 3-1 di Perancis dan kemudian menjaringk­an kedua-dua gol dalam kemenangan 2-0 pada pusingan kedua.

Tetapi dua tahun pertama Neymar di stadium Parc des Princes adalah melodrama yang panjang.

Seorang pemain hebat yang gembira di Barcelona tetapi ingin sekali keluar dari bayangbaya­ng Messi, dia tidak pernah nampak selesa dalam persekitar­an baharunya.

Pada musim panas 2019, ia tidak lagi menjadi rahsia bahawa dia mahu meninggalk­an PSG.

Tindakanny­a menyertai kelab itu ternyata satu kesilapan, tetapi kemudian ia menjadi jelas bahawa perpindaha­n balik ke Barcelona tidak akan berlaku.

Kempen pertamanya di Paris dirosakkan oleh keretakan tulang metatarsal yang bermakna dia tidak dapat membantu PSG menterbali­kkan defisit 3-1 pada pusingan pertama dalam perlawanan peringkat 16 terakhir mereka menentang Real Madrid dalam Liga Juara-Juara.

Dia tidak tampil lagi dalam perlawanan Liga Juara-Juara untuk PSG sehingga keputusan seri 2-2 dengan Real pada November lalu. Pada waktu itu, dia sudah menerima situasinya dan memberi tumpuan.

Sekarang dia memainkan peranan penting dalam segalanya yang dibuat oleh PSG. Dia juga gembira, terutamany­a di sisi Kylian Mbappe.

“Kami lebih kurang sebaya dan kami selalu ketawa bersama di luar padang. Kami serasi serta-merta,” kata Mbappe, yang berusia 21 tahun.

“Kami menghormat­i satu sama lain, kami selalu berseronok. Kami juga tidak begitu fokus kepada diri sendiri sekarang dan lebih bimbang mengenai pemain lain di sekeliling kami, kerana kami faham bahawa kami memerlukan semua orang lain untuk dapat menang. Kami tidak dapat melakukann­ya dengan hanya kami berdua sahaja."

PSG pasti berharap Neymar – yang sudah menjaringk­an 70 gol pada keseluruha­nnya dalam 84 perlawanan untuk mereka – menyimpan jaringan seterusnya untuk perlawanan akhir.

“Saya harap Tuhan yang baik akan membantuny­a untuk menjaringk­an gol pada Ahad dan kami untuk menang,” kata rakan senegarany­a Thiago Silva. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? GEMBIRA: Neymar (tengah) bersama dua rakan sepasukann­ya di PSG meninggalk­an hotel yang menjadi tempat penginapan untuk pasukan Kejohanan Liga Juara-Juara di Lisbon.
— Gambar AFP GEMBIRA: Neymar (tengah) bersama dua rakan sepasukann­ya di PSG meninggalk­an hotel yang menjadi tempat penginapan untuk pasukan Kejohanan Liga Juara-Juara di Lisbon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia