Utusan Borneo (Sarawak)

Takahashi bersara dari sukan badminton

-

TOKYO: Ayaka Takahashi, yang memenangi pingat emas Olimpik sulung Jepun dalam sukan badminton bersama rakan beregunya di Rio 2016, telah bersara dengan pengakuan bahawa dia tidak lagi mempunyai ‘api dalaman’ untuk bertanding.

Takahashi dan Misaki Matsutomo mencatatka­n kemenangan yang menakjubka­n selepas ketinggala­n di Olimpik 2016, dengan mengutip lima mata berturut-turut ketika ketinggala­n 19-16 dalam perlawanan akhir untuk menewaskan pasangan beregu Denmark, Christinna

Pedersen dan Kamilla Rytter Juhl.

Tetapi dia telah memilih untuk melepaskan peluang mempertaha­nkan kejuaraan Olimpiknya di tanah air sendiri, sebahagian­nya, katanya, disebabkan oleh keputusan untuk menunda Sukan Tokyo 2020 selama setahun disebabkan oleh COVID-19.

“Selepas memenangi pingat emas di Rio, saya telah mengalami kesukaran untuk mengekalka­n semangat,” dia mengakui di satu sidang akhbar dalam talian pada minggu ini.

Walaupun dia berlatih dengan gigih bersama Matsutomo, dia berkata dia bergelut dengan “rekod yang tidak cukup memuaskan pada 2019, penggantun­gan kejohanan, dan penundaan Olimpik Tokyo”.

“Saya tidak yakin api dalaman dan badan saya dapat bertahan selama setahun lagi,” katanya.

Takahashi berkata Matsutomo dan penajanya ‘menghormat­i’ keputusann­ya, dan dia kini berharap untuk bekerja bagi mempromosi­kan sukan badminton.

Takahashi dan Matsutomo, yang digelar “Takamatsu”, merupakan pasangan bukan dari China yang pertama memenangi pingat emas sejak sukan badminton diperkenal­kan kepada Olimpik pada 1992.

Matsutomo memberitah­u pemberita, dia “amat bersyukur di atas gandingan kami”, dan menambah dia tidak dapat membayangk­an “sampai sejauh ini” tanpa Takahashi.

Sukan Tokyo 2020 kini dijadual bermula pada 23 Julai 2021, tetapi sama ada acara global itu dapat diteruskan ataupun tidak jika pandemik belum surut pada waktu itu masih menjadi tanda tanya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia