Utusan Borneo (Sarawak)

KKDAA mahu jadi lubuk atlet memanah

Program B-10 Tahun adalah program terkini yang dilancarka­n bagi memperkena­lkan sukan memanah di peringkat muda

- Oleh Vitalis G Bingkasan

KOTA KINABALU: Persatuan Memanah Daerah Kota Kinabalu (KKDAA) berharap akan terus menjadi lubuk atlet memanah negeri ini.

Setiausaha­AgungKKDAA, Shiu Vay Leung berkata memperkena­lkan sukan memanah menerusi Program Bawah 10 Tahun yang baharu dilancarka­n persatuan itu adalah antara usaha ke arah itu.

"Selari dengan objektif Persatuan Memanah Negeri Sabah (SSAA), fokus utama KKDAA adalah untuk menjadikan memanah sukan popular di Sabah dan menjadikan Sabah sebagai `powerhouse' memanah di Malaysia dan dunia.

"Program Bawah 10 Tahun adalah program terkini yang kami lancarkan bagi memperkena­lkan memanah di peringkat usia muda. Dengan usaha awal ini dan menerusi persiapan yang dilakukan, pemanah akan bersedia menghadapi cabaran pada kejohanan bawah 12 tahun di peringkat kebangsaan

Selari dengan objektif Persatuan Memanah Negeri Sabah (SSAA), fokus utama KKDAA adalah untuk menjadikan memanah sukan popular di Sabah dan menjadikan Sabah sebagai `powerhouse' memanah di Malaysia dan dunia.

dan antarabang­sa.

"Adalah menjadi harapan kami untuk terus menjadi lubuk utama pemanah bagi pasukan negeri Sabah," kata Vay Leung dalam kenyataann­ya di sini semalam.

Menurutnya, KKDAA juga telah menganjurk­an Seminar Asas Memanah ahli persatuan itu di Lapang Sasar Memanah di sini untuk membolehka­n mereka melaksanak­an Program Bawah 10 Tahun.

Sempena dengan seminar itu, Presiden SSAA, Ir Haji Dzulkarnai­n Dzulkifli telah menyerahka­n tiga set panah dan dua buah papan sasar tajaan Eco Sinar Jaya Sdn Bhd kepada KKDAA yang diterima presidenny­a, Ram Singh seterusnya menyampaik­an sijil penyertaan.

"Persatuan berterima kasih kepada Eco Sinar Jaya atas tajaan untuk Program Bawah 10 Tahun ini," kata Vay

Leung.

Sambil itu, Ram Singh telah menang tanpa bertanding jawatan presiden KKDAA dalam Mesyuarat Agung Tahunan persatuan itu di sini baru-baru ini.

Beliau menggantik­an Haji Tuah Tahir yang tidak mempertaha­nkan jawatan itu. Ram Singh yang juga seorang peguam ialah antara golongan profesiona­l dan muka baharu dalam persatuan itu.

Timbalan Presiden ialah Ir. Haji Mohammad Farid Zukipli; Setiausaha Agung, Shiu Vay Leung; Bendahari, Stephanie Chin Wei Ling manakala kapten dan penolong kapten akan dilantik kemudian.

Ahli Jawatankua­sa terdiri daripada Anthony Lee Thau Ping, Chow Chen Kong @ Kenneth, No'man Ahmad, Sew Chee Shiung @ Stanley Sew, Tony Quik

Boon Seong, Gabriel Liew @ Ching Tung dan Richard Chong Su Fah.

Vay Leung berkata, sebaik Mesyuarat Agung selesai, mereka telah mengadakan mensyuarat pertama dan memutuskan beberapa perkara yang perlu disegeraka­n bagi memastikan Lapang Sasar di sini dapat diurus sebaik mungkin bagi menggalakk­an lebih banyak aktiviti memanah.

Shiu Vay Leung

Setiausaha Agung KKDAA

Jawatankua­sa telah mengenalpa­sti beberapa individu bagi mengetuai beberapa disiplin memanah seperti Barebow Achery, Traditiona­l Bow Archery dan 3d Archery.

 ??  ?? SIJIL: Dzulkarnai­n (kiri) menyampaik­an sijil penyertaan Seminar Asas Memanah kepada Ram Singh. Turut bersama ialah peserta dan Ahli Jawatankua­sa KKDAA.
SIJIL: Dzulkarnai­n (kiri) menyampaik­an sijil penyertaan Seminar Asas Memanah kepada Ram Singh. Turut bersama ialah peserta dan Ahli Jawatankua­sa KKDAA.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia