Utusan Borneo (Sarawak)

Pandemik COVID-19 tidak ganggu latihan skuad taekwondo Sarawak

-

KUCHING: Walaupun ujian dan cabaran timbul ekoran wabak pandemik COVID-19 melanda dunia dan negara ini mempengaru­hi beberapa aktiviti dan program sukan namun skuad Taekwondo Sarawak tetap meneruskan latihan bagi menghadapi temasya Sukan Malaysia (SUKMA 2020) di Johor, Mac tahun depan.

Presiden Persatuan Taekwondo Negeri Sarawak (WTF), Azizul Annuar Adenan Satem berkata wabak pandemik COVID-19 tidak mengganggu keinginan barisan jurulatih dan atlet-atlet taekwondo Sarawak terus menjalani latihan.

Menurutnya, krew teknikal WTF Sarawak berusaha memberikan sesi latihan zoom dan latihan maya semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tempoh PKP Bersyarat (PKPB) untuk memastikan atlet-atlet tidak meninggalk­an sesi latihan mereka dan bersiap sedia sepanjang masa.

"Saya yakin dengan semangat juang tinggi atlet-atlet menjalani latihan bersama barisan jurulatih dedikasi dan berpasukan malah sokongan ibu bapa, mereka masih dapat mengekalka­n prestasi cemerlang bagi menghadapi pelbagai kejohanan akan datang," katanya pada selepas Mesyuarat Agung Tahunan WTF Sarawak di sini kelmarin.

Malah, beliau begitu kagum dengan usaha pembanguna­n sukan taekwondo negeri ini bagi melahirkan lebih ramai atlet negeri dan negara pada masa akan datang.

WTF Sarawak adalah satusatuny­a badan induk negeri untuk sukan Taekwondo WTF diiktiraf oleh Taekwondo Malaysia (WTF) dan World Taekwondo.

"Atlet-atlet Sarawak layak menyertai SUKMA, Sukan SEA, Sukan ASIA dan Sukan Olimpik dan pada masa ini, kami mempunyai 20 kelab gabungan dan lebih kurang 100 pusat latihan di semua bahagian Sarawak termasuk Kuching, Samarahan, Sibu, Miri, Lawas, Bintulu, Sarikei, Meradong, Mukah, Sri Aman, Betong dan Kapit," jelasnya.

Pada mesyuarat itu, Azizul dipilih sebagai Presiden WTF Sarawak, manakala jawatan timbalan presiden disandang Mohd Salleh Sani.

Naib-naib presiden ialah Datuk Sri Lau Kueng Chai, Then Yit Fui dan Ho Khee Jeem sementara setiausaha ialah Wang Teck Zen dan bendahari dipegang oleh Anthony Phang. Pengerusi Teknikal (Ketua Jurulatih Negeri) ialah Tan Check Joon.

Barisan jawatankua­sa adalah terdiri Reza Rizvy Ahmad Rony, Dr Chong Teck Siong, Terence Phiong, Sim Fang Fang dan Joseph Chang.

 ??  ?? AZIZUL
AZIZUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia