Utusan Borneo (Sarawak)

COVID-19: SATU KES IMPORT BAHARU DILAPORKAN DI MIRI

-

KUCHING: Satu kes import baharu COVID-19 dilaporkan di Daerah Miri semalam, menjadikan jumlah keseluruha­n sebanyak 688 kes di Sarawak setakat ini.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, kes ke-688 ini merupakan seorang lelaki warganegar­a tempatan berumur 55 tahun yang balik dari Amsterdam, Belanda.

“Kes bekerja sebagai ‘scaffolder offshore’ di Amsterdam. Sejarah perjalanan menunjukka­n kes telah menaiki pesawat pada 14 Ogos dari Amsterdam dan transit di Doha, Qatar sebelum meneruskan penerbanga­n ke Kuala Lumpur melalui Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dan tiba di Malaysia pada 15 Ogos.

“Kes telah bermalam semalam di Kuala Lumpur sebelum menaiki pesawat balik ke Miri pada 16 Ogos melalui Lapangan Terbang Miri,” kata JPBNS dalam kenyataan semalam.

JPBNS menambah, semasa tiba di Lapangan Terbang Miri, kes terus dibawa ke pusat kuarantin hotel di Miri untuk menjalani kuarantin wajib 14 hari.

Kes katanya, tidak menunjukka­n sebarang tanda dan gejala.

“Sebelum pulang ke Malaysia, kes telah memaklumka­n bahawa beliau telah menjalani kuarantin dan saringan swab rT-PCR di Amsterdam.

“Hasil ujian swab rT-PCR di Amsterdam, Belanda juga dikatakan negatif COVID-19.

“Setibanya di Kuala Lumpur , kes telah disaring menggunaka­n RTK Antigen pada 15 Ogos dan keputusan ujian RTK Antigen tersebut juga adalah negatif,” ujarnya.

Bagaimanap­un semasa menjalani kuarantin di pusat kuarantin hotel di Miri, JPBNS berkata, kes diambil swab untuk ujian rT-PCR saringan pertama pada 18 Ogos dan keputusan ujian makmal pada 21 Ogos mendapati kes adalah positif COVID-19.

“Kes telah dimasukkan ke wad isolasi Hospital Miri pada hari yang sama untuk rawatan lanjut. Pengesanan kontak kepada kes ini dan siasatan lanjut masih dijalankan, dan kes ini dikategori­kan sebagai kes import dari luar negara,” katanya.

Selain itu, JPBNS turut memaklumka­n satu kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari Hospital

Umum Sarawak (HUS) semalam.

Ini menjadikan jumlah keseluruha­n kes postif COVID-19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj setakat semalam seramai 662 orang atau 96.22 peratus.

“Manakala seramai tujuh orang masih menerima rawatan dalam wad isolasi hospital, dan jumlah kematian kekal 19 orang atau 2.77 peratus.

“Hari ini (semalam) sebanyak tiga kes orang disyaki (PUI) baharu dilaporkan dan enam kes masih menunggu ujian makmal,” katanya.

Selain itu, seramai 139 orang di bawah pengawasan (PUS) telah mendaftar masuk di hotel untuk menjalani kuarantin semalam, menjadikan jumlah keseluruha­n PUS di 14 hotel adalah seramai 765 orang.

Manakala seramai 22,070 PUS telah tamat menjalani tempoh kuarantin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia