Utusan Borneo (Sarawak)

’7 Hari Mencintaik­u 2’ berjaya satukan 12 juta penonton

-

DRAMA Akasia ‘7 Hari Mencintaik­u 2’ telahpun menamatkan sirinya setelah bersiaran selama 33 episod bermula 2 Julai lalu.

Kisah percintaan Mia Adriana dan Khuzairi semakin menjadi-jadi, sehingga berjaya menyatukan 12 juta penonton sepanjang 33 episod menurut sumber Nielsen 2020, manakala episod akhir drama karya novelis Siti Rosmizah ini juga berjaya meraih 5 Juta tontonan di TV3.

Menurut karyawan ‘7 Hari Mencintaik­u 2’, Siti Rosmizah, “Saya berterima kasih dengan sokongan padu yang diberikan oleh para penonton dan juga peminat karya-karya saya.

Oleh itu, saya libatkan diri sebagai penerbit ‘7 Hari Mencintaik­u 2’ ini untuk memastikan keaslian kandungan novel saya seiring dengan kandungan drama yang disiarkan.

“Selain itu, saya juga berbesar hati apabila pihak TV3 setuju untuk menggunaka­n lagu ‘Aku Bidadari Syurgamu’ nyanyian Datuk Siti Nurhaliza sebagai lagu tema, kerana lirik lagu tersebut juga merupakan nukilan saya.

“Secara tidak langsung, kami berjaya menarik peminat novel dan lagu tersebut untuk menonton drama ini. Walau bagaimanap­un, kami telah menambah beberapa sub-plot untuk menghidupk­an drama ini di kaca televisyen menerusi watak-watak sampingan seperti Helmi, Fie, Nurul Ain dan banyak lagi.

“Mengulas tentang ketularan drama ini di media sosial, saya turut mendapat mesej di laman media sosial untuk menghasilk­an 7 Hari Mencintaik­u 3.

Sejujurnya, jalan cerita kesinambun­gan drama ini sudah pun ada dengan lebih banyak drama dan konflik.

“Namun, dengan izin Allah, perancanga­n untuk menerbitka­nnya dalam bentuk novel dan drama, masih dalam perancanga­n.

Oleh itu, bagi pihak warga 7 Hari Mencintaik­u 2, kami berterima kasih kepada semua peminat.

“Kami berharap agar semua penonton sentiasa memberi sokongan kepada karya-karya seni tempatan,” jelasnya. Drama ini juga didapati tular di media sosial, setiap kali ia bersiaran.

Terutamany­a mengenai watak kebaikan Khuzairi (Shukri Yahya) sebagai seorang suami, dan kebencian netizen terhadap watak Nurul Ain (Wafariena Roslan) dan Mak Leha (Liza Abdullah).

Drama ‘7 Hari Mencintaik­u 2’ ini turut dibintangi oleh Siti Saleha, Wan Sharmila, Jaja Ilyes, Faye Kusairi, Syazwan Zulkifly, Bil Azali, Jasmin Hamid dan Kazar Saisi.

Sekali lagi dapatkah rumah tangga Khuzairi dan Mia Adriana berkekalan kali ini dengan dua cahaya mata mereka? Adakah Mak Leha benarbenar dapat menerima Mia Adriana sebagai keluargany­a, sepenuh hati? Jawapan persoalan-persoalan tersebut terpulang kepada penonton 7 Hari Mencintaik­u 2 dan karyawan Siti Rosmizah.

Sekiranya ingin menonton kembali drama 7 Hari Mencintaik­u 2, penonton boleh saksikan di aplikasi mudah alih iQiyi di www. iq.com, serta dapatkan maklumat lanjut mengenai drama-drama TV3 di xtra. com.my dan laman media sosial rasmi @TV3Malaysi­a dan @DramaSanga­t di Instagram, Facebook, dan Twitter.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SITI ROSMIZAH
SITI ROSMIZAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia