Utusan Borneo (Sarawak)

WHO saran kanak-kanak usia 12 tahun ke atas pakai pelitup muka

-

GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) kelmarin mencadangk­an kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke atas perlu memakai pelitup muka dalam konteks yang sama dengan orang dewasa dalam usaha untuk mengekang pandemik COVID-19.

Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, dalam kerjasama dengan UNICEF, mengeluark­an garis panduan baharu kelmarin mengenai kesesuaian bagi kanak-kanak memakai pelitup muka untuk menghalang penyebaran virus COVID-19.

Dua agensi PBB itu sudah mengumpulk­an sekumpulan pakar bagi menilai data terhad yang diperolehi mengenai sumbangan kanak-kanak kepada penyebaran COVID-19, termasuk kebaikan pemakaian pelitup muka oleh kanakkanak.

Berdasarka­n penemuan tersebut, termasuk pertimbang­an berkaitan dengan keperluan bagi perkembang­an kanak-kanak, mereka berkata nasihat adalah berbeza dalam kumpulan usia yang berlainan.

WHO kemudian mencadangk­an “kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke atas harus memakai pelitup muka dalam keadaan yang sama dengan orang dewasa, terutama ketika mereka tidak dapat menjamin sekurangku­rangnya jarak satu meter daripada orang lain dan terdapat penyebaran meluas di kawasan tersebut.”

Dokumen memaklumka­n masih banyak yang belum diketahui mengenai peringkat apakah kanak-kanak menyumbang kepada penyebaran COVID-19.

Namun ia berkata walaupun terdapat bukti terhad bahawa kanak-kanak kecil mempunyai keberangka­lian lebih rendah untuk dijangkiti berbanding orang dewasa, data membayangk­an remaja “mungkin memainkan peranan yang lebih aktif dalam penyebaran berbanding kanak-kanak kecil.”

Kedua-dua agensi PBB itu berkata kanak-kanak di bawah usia lima tahun tidak perlu memakai pelitup muka.

“Ini berdasarka­n keselamata­n dan kepentinga­n menyeluruh terhadap kanak-kanak dan kapasiti untuk menggunaka­n pelitup muka dengan betul serta bantuan yang minimal,” jelas mereka.

Namun mereka berkata dalam keadaan tertentu adalah dinasihatk­an kanak-kanak berusia antara enam dan 11 tahun memakai pelitup muka di tempat-tempat di mana terdapat penyebaran meluas bagi virus tersebut, atau di kawasan di mana kanak-kanak berada dalam kontak dengan golongan tua atau orang lain yang berisiko tinggi akan menyebabka­n penyakit serius sekiranya mereka dijangkiti virus.

Bagi kanak-kanak kecil, bagaimanap­un, seorang dewasa harus bersama untuk mengawasi mereka menggunaka­n pelitup muka dengan selamat, dan impak yang berpotensi ke atas pembelajar­an dan perkembang­an mereka seharusnya turut diambil kira.

Menurut panduan baharu itu, bagi kanak-kanak pada peringkat mana-mana usia dengan masalah perkembang­an, kecacatan atau masalah kesihatan lain yang mungkin terganggu akibat pemakaian pelitup muka, “penggunaan pelitup muka tidak seharusnya diwajibkan.”

Ia turut mencadangk­an kanak-kanak tidak seharusnya diminta memakai pelitup muka ketika bersukan atau melakukan aktiviti fizikal “supaya ia tidak mengganggu pernafasan mereka”, namun menegaskan kepentinga­n untuk memastikan satu jarak yang sepatutnya daripada orang lain dan mengehadka­n jumlah kanak-kanak yang bermain bersama. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar AFP ?? LAWAT: Menteri Luar Negara Perancis Sebastien Lecornu (tengah) memakai pelitup muka ketika melawat bilik kelas di Sekolah Jean Le Toullec di Le Port, pulau La Reunion pada 17 Ogos lepas. WHO kelmarin mencadangk­an kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke atas perlu memakai pelitup muka dalam konteks yang sama dengan orang dewasa untuk mengekang COVID-19.
— Gambar AFP LAWAT: Menteri Luar Negara Perancis Sebastien Lecornu (tengah) memakai pelitup muka ketika melawat bilik kelas di Sekolah Jean Le Toullec di Le Port, pulau La Reunion pada 17 Ogos lepas. WHO kelmarin mencadangk­an kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke atas perlu memakai pelitup muka dalam konteks yang sama dengan orang dewasa untuk mengekang COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia