Utusan Borneo (Sarawak)

GPS AKAN TERUS MANTAPKAN USAHA BANGUNKAN SARAWAK

Pelbagai aktiviti pembanguna­n dilaksana termasuk di luar bandar agar rakyat dapat menikmati kehidupan lebih baik

- Oleh Kepu Sidi

SARIKEI: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Rolland Duat Jubin berkata kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memantapka­n usaha pembanguna­n di negeri ini.

Katanya, dengan kepimpinan pasukan politik yang bergabung di bawah satu bumbung, kerajaan GPS kini melangkah jauh ke hadapan dalam memastikan rakyat di negeri ini terus menikmati pembanguna­n dan kemajuan yang seimbang.

“Jika kita melihat pada masa kini, kerajaan telah memantapka­n pembanguna­n di kawasan luar bandar dengan melaksanak­an pelbagai aktiviti pembanguna­n seperti mengemas kini dan menaik taraf sistem infrastruk­tur merangkumi kemudahan bekalan air bersih, elektrik, pembinaan jalan raya, sekolah serta lain-lain yang membawa impak positif kepada masyarakat.

“Semua ini membuktika­n kesungguha­n kerajaan untuk membangunk­an kawasan dan juga membawa masyarakat dari kawasan luar bandar untuk menikmat hasil dari

pada sokongan padu kepada kerajaan GPS,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Program Ziarah Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Rumah Inting Itam, Nanga Lasi Besai, Julau petang kelmarin.

Sekitar 200 penduduk menghadiri majlis tersebut.

Menurut Rolland, penganjura­n program seumpama ini mampu mengeratka­n lagi hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat di peringkat akar umbi.

Justeru katanya, program yang membawa perkhidmat­an jabatan kerajaan terus kepada rakyat terutamany­a di kawasan luar bandar adalah usaha positif dan wajar diteruskan.

“Melalui peluang seperti ini, masyarakat boleh mendapatka­n terus maklumat daripada agensi kerajaan yang berkaitan.

“Kita berharap masyarakat memanfaatk­an peluang yang ada ini dengan sebaiknya,” tegas Rolland lagi.

Terdahulu, Rolland bersama rombangann­ya singgah di Rumah Chat Chamalin, Nanga Bilat Julau musnah dalam kebakaran pada 17 Ogos lalu untuk menyampaik­an bantuan bahan makanan kepada penduduk rumah panjang terbabit.

Pada masa sama, Rolland menghulurk­an sumbangan berjumlah RM21,000 kepada penduduk yang terjejas.

Sementara itu, di Rumah Inting Itam, Nanga Lasi Besai, Julau Rolland meluluskan geran berjumlah RM10,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan RM5,000 kepada Biro Wanita rumah panjang terbabit.

Hadir sama Penasihat Biro Wanita Dewan Undangan Negeri (DUN) Meluan Sheila Ulat Pengarah, Setiausaha Politik Ketua Menteri Brain Fung Kok Shiun, wakil Pegawai Daerah Julau Andrew Ajan, Pegawai UKAS Sarikei Duncan Luta dan ketua-ketua masyarakat setempat.

Semua ini membuktika­n kesungguha­n kerajaan untuk membangunk­an kawasan dan juga membawa masyarakat dari kawasan luar bandar untuk menikmat hasil daripada sokongan padu kepada kerajaan GPS.

Rolland Duat Jubin

ADUN Meluan

 ??  ??
 ??  ?? HULUR BANTUAN: Rolland (tiga kiri) bersama Duncan (kiri) melalui Program Ziarah UKAS menyampaik­an bantuan kepada penduduk Rumah Chat di Nanga Bilat Julau, petang kelmarin.
HULUR BANTUAN: Rolland (tiga kiri) bersama Duncan (kiri) melalui Program Ziarah UKAS menyampaik­an bantuan kepada penduduk Rumah Chat di Nanga Bilat Julau, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia