Utusan Borneo (Sarawak)

KEMENANGAN PEMBAKAR SEMANGAT

Skuad Sarawak United FC nekad buru tiga mata penuh apabila menentang Perak II di gelanggang lawan pada 29 Ogos

- Oleh Rusnan Mustafa

Semestinya kita mengharapk­an kemenangan namun kita tahu ia bukan satu cabaran mudah kerana semua pasukan berharap meraih kemenangan dan berusaha untuk mencapai kejayaan.

Afiq Fikri Brahim

Pengurus Sarawak United FC

KUCHING: Skuad Sarawak United FC bersiap sedia memburu kemenangan mutlak apabila turun menentang Perak II di gelanggang lawan pada saingan Liga Perdana tatkala bersambung semula pada 28 Ogos ini.

Pengurus Sarawak United FC, Afiq Fikri Brahim berkata perlawanan menentang Perak II pada 29 Ogos nanti akan menguji jentera pasukan Bumi Kenyalang itu selepas berehat panjang berikutan penularan pandemik COVID-19 melanda dunia Mac lalu.

Namun, beliau optimis Sarawak United FC mampu mengharung­i cabaran dengan baki tujuh perlawanan

pada saingan Liga Perdana 2020 ini.

"Semestinya kita mengharapk­an kemenangan namun kita tahu ia bukan satu cabaran mudah kerana semua pasukan berharap meraih kemenangan dan berusaha untuk mencapai kejayaan.

"Sarawak United FC tidak terkecuali setelah kita berusaha dan berharap dapat memenangi mengharung­i baki tujuh perlawanan bermula menentang Perak II di tempat lawan," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Pada masa sama, Afiq memberitah­u pihaknya juga mengharapk­an Sarawak United FC layak ke Piala Malaysia 2020.

"Jika pemain-pemain mampu mencapai kejayaan cemerlang selepas ini sudah pasti hasrat kita mara ke Liga Super," katanya sambil menambah semua pemain kini giat menjalani latihan.

Dalam pada itu, beliau berkata setakat ini semua pemain menunjukka­n prestasi yang baik ketika latihan.

"Namun, apa menggusark­an beberapa pemain posisi utama mengalami kecederaan tetapi kita tetap positif untuk kembali cergas sebelum perlawanan bermula," jelasnya.

Mengenai pindaan tarikh mula Liga Malaysia 2020 ditetapkan oleh badan induk Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bermula 28 Ogos ini, Afiq berkata: "Kami menyambut baik keputusan pindaan tarikh tersebut".

Katanya, Sarawak United FC menerima baik pindaan tarikh diberikan oleh MFL dan secara tidak langsung lebih memberi peluang mempersiap pasukan untuk perlawanan pertama selepas tempoh rehat agak panjang.

Pada 19 Ogos lalu, MFL menerusi Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Ke-22 membuatkep­utusanmemi­nda tarikh semula Liga Malaysia iaitu pada 28 Ogos ini.

Keputusan MFL mengubah kalendar baharu itu dibuat selepas pengendali Liga Malaysia itu mengambil kira pelbagai faktor susulan penundaan tarikh pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, penetapan tarikh baharu kalendar pertanding­an MFL dalah tertakluk kepada tarikh perlawanan peringkat domestik, Persekutua­n Bola Sepak Antarabang­sa (FIFA), Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) dan Persekutua­n Bola Sepak ASEAN (AFF).

 ??  ??
 ??  ?? AFIQ
AFIQ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia