Utusan Borneo (Sarawak)

Aktiviti pemburuan haram, jual daging haiwan eksotik dipantau

Polis Kanowit akan ambil tindakan tegas ke atas individu ditangkap

- Oleh Michael Ubam

“Kita menyeru dan memberi amaran supaya mereka terlibat menjual, menghidang dan membeli dagingdagi­ng haiwan terlindung ini supaya menghentik­annya.

DSP Tega Bilong Ketua Polis Daerah Kanowit

KANOWIT: Polis di sini sentiasa memantau aktiviti pemburuan haram dan menjual daging haiwan eksotik di pekan ini.

Ketua Polis Daerah Kanowit DSP Tega Bilong berkata pihaknya memandang serius mengenai perkara itu dan tindakan tegas diambil terhadap individu ditangkap melakukan aktiviti berburu dan penjualan haiwan eksotik secara tidak sah.

“Ya, kita akan pantau kegiatan mereka menjual daging haiwan eksotik ini.

“Kita menyeru dan memberi amaran supaya mereka terlibat menjual, menghidang dan membeli daging-daging haiwan terlindung ini supaya menghentik­annya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau mengulangi tindakan lebih agresif diambil memastikan arahan itu dipatuhi termasuk melakukan operasi bersepadu dengan jabatan terbabit terhadap mana-mana premis menjual, menghidang daging-daging haiwan itu kepada orang awam.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata beliau mahu memastikan semua daerah bebas daripada kegiatan itu sebagai langkah mengekang perburuan haram dan penjualan haiwan eksotik di negara ini.

Beliau dipetik sebagai berkata: “Kami ingin mengekang penjualan haiwan liar secara haram dan juga restoran tidak berlesen menyajikan hidangan eksotik.

Berikutan itu, semua ketua polis daerah seluruh negara diberi tempoh sebulan mengemukak­an laporan penjualan haiwan eksotik tidak sah di kedai dan restoran sebelum 18 September depan.

Sementara itu, Tega meminta kerjasama dan menasihati orang awam supaya menyalurka­n maklumat aktiviti pemburuan dan penjualan haiwan eksotik di kawasan mereka kepada polis.

 ??  ?? TEGA
TEGA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia