Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNHEP serbu premis barangan sukan disyaki guna cap dagangan palsu

-

TUARAN: Sebuah premis barangan sukan yang disyaki menjual pakaian dan kelengkapa­n sukan menggunaka­n cap dagangan palsu di Kota Belud diserbu Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Tuaran.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa Daerah KPDNHEP Cawangan Tuaran Saripuddin Moleng berkata tindakan itu diambil selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam.

“Hasil pemeriksaa­n awal, kita dapati premis berkenaan mempunyai barangan berupa pakaian dan kelengkapa­n sukan,” katanya, kepada Utusan Borneo, di sini, semalam.

Saripuddin berkata nilai semua barangan yang disita di dalam operasi bersepadu KPDNHEP Tuaran dan Pejabat KPDNHEP Kudat itu dianggarka­n berjumlah RM11, 700.

Siasatan dibuka mengikut Akta Cap Dagang 2019 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM15, 000 untuk setiap barangan yang dipakai dengan salah cap dagangan berdaftar untuk pertubuhan perbadanan dan bukan pertubuhan perbadanan.

Serta denda tidak melebihi

RM10, 000 untuk setiap barangan yang dipakai salah cap dagangan berdaftar atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

“Kita berharap orang awam akan sentiasa menjalin kerjasama dengan menyalurka­n maklumat berkaitan perbuatan peniaga yang mencurigak­an untuk tindakan segera.

“Hubungi talian 088787822 (KPDNHEP Tuaran) atau WhatsApp 0192794317 atau mengemukak­an aduan melalui laman sesawang eaduan.kpdnhep.gov.my,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia