Utusan Borneo (Sarawak)

Kluster Syarikat Pembinaan Kuching diisytihar­kan tamat

-

KUCHING: Kluster Syarikat Pembinaan Kuching diisytihar­kan tamat semalam, setelah tiada kes baharu dilaporkan dalam tempoh 28 hari dari tarikh kes terakhir.

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, Kluster Syarikat Pembinaan Kuching merupakan kluster yang dikesan pada 25 Julai melibatkan dua kes COVID-19 yang telah disahkan oleh makmal.

“Secara ringkasnya, Kluster Syarikat Pembinaan Kuching melibatkan dua pekerja warganegar­a tempatan dari sebuah syarikat pembinaan yang beroperasi di Kuching.

“Kluster ini mula dikesan apabila kes indeks kluster ini iaitu kes ke-578 menjalani pemeriksaa­n kendiri di sebuah fasiliti kesihatan swasta Kuching pada 11 Julai.

“Hasil keputusan makmal mendapati beliau adalah positif untuk rTPCR COVID-19 pada 12 Julai 2020,”kata JPBNS menerusi kenyataan media semalam.

Susulan pelaporan kes ini, JPBNS berkata, kes kedua iaitu kes-649 telah dikesan hasil daripada aktiviti saringan kontak kes pertama.

“Kedua-dua kes positif ini tidak menunjukka­n sebarang tanda dan gejala COVID-19 dan mereka juga tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara dalam tempoh 30 hari sebelum disahkan positif COVID-19.

“Mereka telah mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak. Kes terakhir telah pulih serta di discaj pada 5 Ogos,” katanya.

Jelasnya lagi, secara keseluruha­n, seramai 91 kontak terdiri daripada 90 warga tempatan dan satu bukan warganegar­a Malaysia telah disaring.

“Hasil daripada saringan kontak ini, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah berjaya mengesan satu lagi kes (kes-649) positif COVID-19 manakala 90 ujian saringan yang lain adalah negatif untuk COVID-19,” katanya.

Menurutnya, Kluster Syarikat Pembinaan Kuching adalah kluster terpencil dan telah berjaya dibendung dengan usaha dan kerjasama antara Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dengan semua ahli JPBNS.

Dalam pada itu, JPBNS memaklumka­n sebanyak enam kluster masih aktif di negeri ini dan melibatkan seramai 57 orang kes.

Antaranya ialah Kluster Syarikat Kejurutera­aan lapan kes, Kluster Mambong tujuh kes, Kluster Sentosa 31 kes, Kluster PUI Melbourne tiga kes, Kluster Pasar Satok empat kes dan Kluster Seri Alam, Bintulu empat kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia