Utusan Borneo (Sarawak)

Tidak patuhi SOP, tujuh notis kompaun dikeluar

-

KUCHING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluark­an tujuh notis kompaun kerana tidak mematuhi garis panduan prosedur operasi standard (SOP).

Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataann­ya berkata, daripada jumlah tersebut, empat notis kompaun dikeluarka­n di Kota Samarahan.

“Manakala Sarikei, Betong dan Kanowit masing-masing satu notis kompaun telah dikeluarka­n,” katanya semalam.

JPBNS berkata, PDRM akan terus memperketa­tkan garis panduan SOP termasuk pemakaian pelitup muka di tempat awam sepanjang pemantauan pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dari 10 Jun hingga 31 Ogos ini.

“Hari ini sebanyak 1,746 premis telah dipantau iaitu pasar raya (163), restoran (309), kilang (11), bank (109), pejabat kerajaan (77), penjaja (38), pasar tani/awam (95), tempat ibadah (106), tempat riadah 53), tapak pembinaan (25) dan lain- lain (760).

“Operasi pemantauan ini melibatkan seramai 637 anggota pematuhan PKPP yang terdiri daripada PDRM (307), Angkatan Tentera Malaysia (40), RELA (137), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (103), Pihak Berkuasa Tempatan (34) dan lain-lain agensi (7),” jelasnya.

Selain itu, menurut jawatankua­sa tersebut, terdapat enam sekatan jalan raya semalam di lima daerah sempena dengan Ops Benteng iaitu di Lundu (2), Bau (1), Serian (1), Sri Aman (1) dan Lubok Antu (1).

“Daripada enam sekatan jalan raya tersebut, sebanyak 2,102 jumlah kenderaan telah diperiksa,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia