Utusan Borneo (Sarawak)

Manifestas­i kesungguha­n GPS bangunkan luar bandar

Pembinaan Jambatan Batang Paloh beri makna besar kepada masyarakat luar bandar khususnya di kawasan pesisir

- Oleh Borhaniza Ali Basah

PULAU BRUIT: Pembinaan Jambatan Batang Paloh bukan hanya dilihat sebagai satu sistem perhubunga­n, tetapi juga suatu manifestas­i kesungguha­n kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk membangunk­an negeri terutama di luar bandar.

Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Abdullah Saidol berkata, pembinaan Jambatan Batang Paloh dengan kos RM298 juta yang dibiayai oleh kerajaan negeri itu memberi makna besar kepada masyarakat luar bandar khususnya di kawasan pesisir seperti Pulau Bruit.

“Jambatan ini akan menghubung­kan kawasan Pulau Bruit kepada Matu-Daro yang akan mempunyai Jambatan Batang Lassa, Sibu, Tanjung Manis dan kawasan pesisir yang lain.

“Oleh itu, jika kawasan luar bandar dapat dibangunka­n dengan infrastruk­tur asas yang baik, banyak perkara boleh dilakukan dan banyak boleh disumbangk­an ke arah kemajuan negeri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian

Ini amat penting untuk diketahui oleh masyarakat di luar bandar bahawa kerajaan Sarawak di bawah GPS sekarang ini, jiwa dan raganya sentiasa memberi tumpuan ke arah pembanguna­n desa supaya keselesaan infrastruk­tur antara bandar dan pedalaman dapat dirapatkan.

Abdullah Saidol

Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak

semasa berucap pada Majlis Pecah Tanah Projek Jambatan Batang Paloh, Bahagian Mukah di sini, semalam.

Majlis dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Selain itu, Abdullah berkata pembinaan jambatan itu juga akan memberi manfaat besar kepada masyarakat sekitar kerana akan menghubung­kan terus kepada kawasan industri di Tanjung Manis.

“Kerana itu saya memohon kerajaan negeri agar wilayah ini termasuk Matu Daro,

Pulau Bruit sehingga ke Tanjung Manis dapat dibina dan ditempatka­n pelbagai pusat latihan kemahiran melibatkan industri perkayuan, pertanian dan perkapalan seperti penyenggar­aan enjin kapal, pertukanga­n perabot dan pemprosesa­n makanan,” ujarnya.

Beliau juga memberitah­u sejak dua tahun lepas, kerajaan negeri memperuntu­kkan perbelanja­an yang amat besar di mana sebanyak 70 peratus perbelanja­an belanjawan negeri diperuntuk­kan untuk pembanguna­n dengan 70

peratus daripadany­a adalah untuk perbelanja­an pembanguna­n luar bandar.

“Ini amat penting untuk diketahui oleh masyarakat di luar bandar bahawa kerajaan Sarawak di bawah GPS sekarang ini, jiwa dan raganya sentiasa memberi tumpuan ke arah pembanguna­n desa supaya keselesaan infrastruk­tur antara bandar dan pedalaman dapat dirapatkan,” katanya.

Dalam ucapannya, Abdullah turut memohon terus kepada Ketua Menteri peruntukan lima projek untuk kawasannya.

Abang Johari sebelum mengakhiri ucapannya telah mengumumka­n permohonan lima projek berjumlah

RM22.2 juta itu.

Projek terbabit ialah projek mengetar jalan ladang dari simpang Sungai Nai hingga ke Penuai sepanjang 10 kilometer yang dianggarka­n bernilai RM7.2 juta, projek jalan satu kilometer yang menghubung­kan jalan ladang ke jalan tar di Kampung Penuai dengan anggaran kos RM3.6 juta, peruntukan tambahan untuk membina jalan ke Mupong dari Simpang Sibu/Tanjung Manis bernilai RM3 juta, projek mengetar Jalan Sedi-Sebako sepanjang 5.4 kilometer dengan anggaran RM5.4 juta dan RM3 juta sebagai kos tambahan untuk pembinaan tiga masjid.

 ??  ?? TANDA PENGHARGAA­N: Abdullah (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Abang Johari pada majlis tersebut.
TANDA PENGHARGAA­N: Abdullah (kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Abang Johari pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia