Utusan Borneo (Sarawak)

Lebih banyak aktiviti dirancang untuk penduduk luar bandar jana pendapatan

-

BETONG: Kerajaan Sarawak merancang lebih banyak aktiviti yang berpotensi membantu rakyat negeri ini terutamany­a penduduk luar bandar dalam menjana pendapatan mereka.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, untuk menjalanka­n aktiviti ini, ia akan menggunaka­n tanah yang dimiliki penduduk sendiri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Peladang berupa anak khinzir kepada 47 ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Saribas, Unit Ulu Paku di

Rumah Henry Ilon, Senunok, Spaoh di sini semalam.

Anak khinzir itu daripada Jabatan Perkhidmat­an Veterinar Sarawak di bawah program bantuan penternaka­n.

Sementara itu, Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah mencadangk­an agar penerima bantuan menyertai penternaka­n komersial kerana permintaan yang amat memberangs­angkan terhadap khinzir hidup terutamany­a ketika musim perayaan Gawai Dayak.

Tambahnya, mereka juga boleh menerapkan penggunaan teknologi moden seperti proses inseminasi dalam meningkatk­an jumlah haiwan ternakan.

Selain itu katanya, antara program lain yang boleh dipertimba­ngkan untuk penduduk luar bandar adalah sistem tagang (kawalan dan perlindung­an ekosistem ikan) di sungai.

“Jabatan Pertanian boleh membekalka­n anak ikan tempatan seperti tengadak, semah dan empurau.

“Ikan-ikan ini mempunyai nilai pasaran yang tinggi,” katanya lagi.

Hadir sama Pengarah Jabatan Perkhidmat­an Veterinar

Sarawak Dr Adrian Susin dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Dr Richard Rapu.

Pada majlis itu, Uggah turut mengumumka­n peruntukan RM200,000 bagi melaksanak­an projek benteng dan ‘tanju’ Rumah Henry Ilon dan peruntukan untuk PPK Unit Ulu Paku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia