Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar Curtin Malaysia terima manfaat inisiatif Curtin Cares

-

MIRI: Lebih ramai pelajar Curtin Universiti Malaysia (Curtin Malaysia) mendapat manfaat daripada inisiatif dana amal Curtin Cares yang disalurkan bagi membantu mereka yang terjejas semasa pandemik COVID-19.

Curtin Malaysia dalam satu kenyataan berkata, inisiatif berkenaan memanfaatk­an pelajar di kampus Australia Barat, Malaysia, Singapura, Dubai dan Mauritius.

Bantuan itu dalam bentuk dermasiswa sumbangan kampus induk di Perth, Australia bernilai kira-kira RM375,300 memanfaatk­an seramai 134 pelajar Curtin Malaysia yang memohon bagi semester pertama tahun ini.

“Lebih 300 permohonan diterima untuk semester kedua dan buat masa ini sedang dinilai dan pembayaran akan dibuat mulai September.

“Dilancarka­n pada Mei tahun ini, Curtin Cares bertujuan menyediaka­n bantuan kepada komuniti di Australia Barat termasuk pelajar, pengamal perubatan dan guru yang menghadapi kesukaran dan memerlukan sumber tambahan,” kata kenyataan itu kelmarin.

Pihak universiti mempelawa penderma dan rakan kongsi untuk menderma kepada Curtin Cares.

Pro Naib Canselor Curtin Malaysia Profesor Simon Leunig berkata, kempen Curtin Cares menunjukka­n komitmen Curtin dalam membantu pelajar yang memerlukan semasa keadaan yang mencabar dan tidak menentu sekarang.

“Kami mahu memastikan pelajar meneruskan pengajian tanpa menghadapi rintangan dan tekanan kewangan.

“Di Malaysia, pelajar yang memohon menerima bantuan antara RM700 hingga RM4,500 bergantung dengan keperluan. Setakat ini lebih 2,000 pelajar seluruh kampus Curtin di Australia Barat, Malaysia, Singapura, Dubai dan Mauritius,” katanya.

 ??  ?? MANFAAT: Kempen Curtin Cares sediakan bantuan pelajar terjejas akibat COVID-19.
MANFAAT: Kempen Curtin Cares sediakan bantuan pelajar terjejas akibat COVID-19.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia