Utusan Borneo (Sarawak)

Daftarkan perniagaan agar bantuan dapat disalurkan pada waktu susah: Fatimah

-

MUKAH: Usahawan wanita tidak perlu takut untuk mendaftar perniagaan mereka secara sah.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, perniagaan berlesen membolehka­n mereka dibantu ketika menghadapi kesusahan.

“Bantuan kepada usahawan diberikan mengikut maklumat yang ada melalui perniagaan berdaftar,” ujarnya ketika Program Pelesenan Perniagaan Usahawan Wanita Sarawak #PUWaS@

Dalat di Stadium Perpaduan Dalat, semalam.

Malah katanya, bantuan-bantuan daripada agensi lain juga menggunaka­n kaedah sama.

Oleh itu, beliau menyeru usahawan wanita menyedari akan kepentinga­n mendaftark­an perniagaan mereka secara sah.

Beliau difahamkan ramai usahawan wanita tidak mendaftar perniagaan mereka apabila mengeluh kerana tidak mendapat bantuan kerajaan sebagai usahawan pasca-COVID-19.

Selain bantuan terus kepada usahawan katanya, pihak Jabatan Wanita dan Keluarga juga telah memohon geran sebanyak RM2 juta yang sebelum ini dalam bentuk peralatan ditukar dalam bentuk wang modal.

Bagaimanap­un katanya, ia terhad kepada jumlah geran RM2,000 dan hanya 1,000 orang yang layak setelah permohonan ditapis.

Sementara itu, Fatimah turut menyaranka­n para suri rumah tangga agar menabung menerusi i-Suri atau i-Saraan.

“Jika kita dapat menabung walaupun sedikit, ia untuk masa depan kita juga akhirnya,” ujarnya lagi.

 ??  ?? TERIMALAH: Fatimah (empat kanan) menyampaik­an cenderahat­i tanda kenangan kepada salah seorang tetamu jemputan program.
TERIMALAH: Fatimah (empat kanan) menyampaik­an cenderahat­i tanda kenangan kepada salah seorang tetamu jemputan program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia