Utusan Borneo (Sarawak)

SFC anjur program bersihkan terumbu karang di ‘Siwa Reef’ pada 31 Ogos ini

-

MIRI: Sempena dengan sambutan Hari Kebangsaan, Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC) akan menganjurk­an program pembersiha­n terumbu karang di Taman Negara Terumbu Karang Miri-Sibuti di sini pada 31 Ogos ini.

SFC dalam satu kenyataan medianya berkata, program tersebut dijangka disempurna­kan oleh Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Zolkipli Mohamad Aton.

“Program pembersiha­n tersebut akan diadakan di kawasan ‘Siwa Reef’ yang merupakan salah satu tempat terumbu karang yang indah di perairan Sarawak.

“Terumbu karang MiriSibuti kebanyakan­nya terdapat di pesisir pantai yang kini kian terdedah kepada ancaman manusia,” kata kenyataan tersebut semalam.

Taman Negara Terumbu Karang Miri-Sibuti dengan keluasan perairan 186,930 hektar telah diwartakan pada 28 Februari 2007.

Selain SFC, seramai 40 penyelam akan terlibat dalam program tersebut yang terdiri daripada agensi-agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Marin, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM), Northern Sarawak Journalist Associatio­n (NSJA).

Selain itu, turut menyertai ialah Future Ocean Borneo, Miri Divers, Sarawak Tourism Board (STB), Kenyalang Underwater Services, Dive@ Borneo, Piasau Boat Blub, Majestic Leisure dan Jabatan Perikanan.

Sebanyak tujuh bot akan disediakan bagi menjayakan program tersebut kelak.

 ??  ?? TAKLIMAT: Agensi-agensi yang bakal terlibat dengan program tersebut menghadiri mesyuarat mengenai penganjura­n program tersebut di Piasau Nature Reserve, Miri kelmarin.
TAKLIMAT: Agensi-agensi yang bakal terlibat dengan program tersebut menghadiri mesyuarat mengenai penganjura­n program tersebut di Piasau Nature Reserve, Miri kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia