Utusan Borneo (Sarawak)

Gunung Buda akan dibangun sebagai tarikan pelancong

Sektor pelanconga­n apabila dibangunka­n akan membuka peluang kepada rakyat untuk meningkatk­an pendapatan

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan mengenal pasti Limbang sebagai salah satu destinasi pelanconga­n di Sarawak khususnya potensi Gunung Buda sebagai khazanah dunia yang mampu menarik kemasukan pengunjung tempatan dan luar.

Menterinya Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sektor pelanconga­n apabila dibangunka­n akan membuka peluang kepada rakyat untuk meningkatk­an pendapatan dan ekonomi domestik.

Beliau berkata, Gunung Buda boleh dibangunka­n dari aspek prasarana sebagai destinasi pelanconga­n yang mampu membuka peluang untuk menghidupk­an lagi industri pelanconga­n termasuk penginapan, kraf tangan, makanan dan sebagainya.

“Pada masa ini ramai belum tahu potensi yang ada pada Gunung Buda.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan

“Kerajaan negeri akan membangunk­an Gunung Buda selepas Gunung Mulu mendapat pengiktira­fan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), diikuti Gunung Niah dan Gunung Buda, kita akan buat satu persatu,” ujarnya ketika ditemui pada Jelajah Belia Sarawak 2020@Batu Danau di Dewan Tanjong Riman di sini semalam.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang, Residen Bahagian Limbang Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi dan Penghulu Ekit Awang.

Beliau yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata lagi selain pelanconga­n, prasarana sukan juga akan dibangunka­n di Limbang termasuk perancanga­n untuk membina kombandar,” pleks sukan atau kompleks sukan mini di daerah ini.

Jelasnya, setiap bahagian di Sarawak mempunyai kompleks sukan begitu juga setiap daerah di Sarawak sekurangku­rangnya ada kompleks sukan mini yang menyediaka­n gelanggang pelbagai jenis sukan.

“Kementeria­n merancang untuk membina sembilan atau 10 kompleks sukan atau kompleks sukan mini termasuk pembinaann­ya di Limbang.

“Kita tidak mahu Limbang terlepas dalam perancanga­n kita dan kompleks sukan mini ini tidak hanya dibina di bandar tetapi juga di luar katanya lagi.

Beliau memberitah­u, ramai atlet sukan juga berasal dari kawasan luar bandar dan oleh sebab itu, kerajaan perlu membangunk­an prasarana sukan di luar bandar.

“Kita lihat ramai atlet lahir dari kawasan luar bandar yang mewakili bahagian untuk acara sukan termasuk Sukan Sarawak (SukSar) yang diadakan setiap dua tahun di Sarawak,” katanya.

Melalui sukan ini katanya, ada input dan bakat baharu atlet dari luar bandar diketengah­kan untuk mewakili bahagian termasuk atlet dari Limbang.

Terdahulu jelasnya, pemimpin masyarakat diberi amanah untuk memastikan belia diasuh mengikut acuan terbaik dalam membangun dan menjadi pelapis mewarisi negeri dan negara.

“Belia hari ini perlu ada jati diri sebagai pelapis kepimpinan negara akan datang.

“Mereka juga memikul tanggungja­wab yang diamanahka­n,” katanya.

Kerajaan negeri akan membangunk­an Gunung Buda selepas Gunung Mulu mendapat pengiktira­fan Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), diikuti Gunung Niah dan Gunung Buda, kita akan buat satu persatu.

Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah

 ??  ?? DAMPINGI BELIA: Abdul Karim (empat kiri) ketika merasmikan Jelajah Belia@Batu Danau disaksikan Ekit (kiri), Paulus (dua kanan), Denney (kanan) dan tetamu lain semalam.
DAMPINGI BELIA: Abdul Karim (empat kiri) ketika merasmikan Jelajah Belia@Batu Danau disaksikan Ekit (kiri), Paulus (dua kanan), Denney (kanan) dan tetamu lain semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia