Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua masyarakat galas tanggungja­wab besar satukan komuniti di bawah jagaan

-

BINTULU: Ketua-ketua masyarakat mempunyai tanggungja­wab besar untuk menyatupad­ukan komuniti di bawah jagaan mereka agar terus maju.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang Undang dan Adat Bumiputera) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus Datuk John Sikie Tayai berkata maju mundur sesebuah rumah panjang bergantung kepada kerjasama penduduk yang bersatu hati dan kebijaksan­aan tuai rumah mentadbir rumah panjangnya.

“Tuai-tuai rumah perlu menjalanka­n tanggungja­wab seperti yang diamanahka­n oleh kerajaan negeri mengikut sijil lantikan mereka.

“Salah satu daripada tugas mereka adalah perantara kepada rakyat di rumah panjang dengan agensi-agensi kerajaan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat sempena perasmian Jalan Simen Rumah Jubang Ilin, Pengkalan Lobang, Bawan, Mukah kelmarin.

Sikie berkata, tuai-tuai rumah perlu menjadi mata dan telinga serta memberi kerjasama kepada kerajaan yang memerintah.

Justeru katanya, perlu diperjelas­kan meskipun pembanguna­n berterusan dapat dilakukan di sesuatu kawasan, namun pelaksanaa­nnya tidak dapat serentak kerana kawasan penempatan penduduk di negeri ini yang luas dan berselerak.

Begitupun katanya, pembanguna­n di kawasan terpencil di kawasannya telah kelihatan.

“Kalau dahulunya untuk ke kawasan Pengkalan Lobang, Hulu Bawan menggunaka­n pengangkut­an sungai, tetapi kini kebanyakan kawasan itu telah ada bekalan elektrik, jalan raya dan kemudahan air bersih,” jelasnya.

Menurutnya, selain penyediaan kemudahan asas, penduduk perlu memikirkan cara untuk meningkatk­an ekonokmi melalui aktiviti pertanian secara komersial dan mengusahak­an tanaman yang mempunyai permintaan dalam pasaran.

Jelasnya, kerajaan Sarawak melalui Program Transforma­si Luar bandar (RTP) banyak membantu menyediaka­n infrastruk­tur asas termasuk menaik taraf jalan menuju ke rumah panjang, merata tapak rumah panjang, tempat parkir dan jalan hadapan rumah.

“Pada tahun ini, RTP di kawasan Bawan adalah Rumah (Rh) Johnny, Rh Garit,

Rh Juti, Rh Dibit dan Rh Minggu yang melibatkan projek membuat tempat parkir, jalan depan rumah dan menaik taraf jalan menuju ke Rh Latit serta Rh Gajah.

“Jumlah RTP bagi tahun ini untuk kawasan Pengkalan Lobang, Bukit Dinding, Sungai Duan, Bawan adalah RM1.3 juta,” ujarnya.

Katanya lagi, padang futsal akan turut dibina di kawasan Bukit Dinding dan Jalan Bukut/Ladang 4 pada tahun ini termasuk di Pengkalan Lobang.

Pada masa sama katanya, sebuah menara komunikasi akan dibina di kawasan Pengkalan Lobang.

Pada majlis itu, Sikie mengumumka­n geran projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM20,000 kepada Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) dan RM8,000 kepada Biro Wanita Rh Jubang Ilin.

Hadir sama Tuai Rumah Jubang Ilin, Penghulu Richard Empaling, Kaunselor Nelson Chuat Glong dan Kaunselor Augustine Manggang.

 ??  ?? SIMBOLIK PERASMIAN: Rosey serta tetamu lain memotong kek simbolik perasmian program KKJG Daerah Subis, semalam.
SIMBOLIK PERASMIAN: Rosey serta tetamu lain memotong kek simbolik perasmian program KKJG Daerah Subis, semalam.
 ??  ?? TERIMA KASIH: Tuai Rumah Jubang (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Sikie pada majlis tersebut.
TERIMA KASIH: Tuai Rumah Jubang (dua kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Sikie pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia