Utusan Borneo (Sarawak)

30 kakitangan Sime Darby Rajawali Estate ikuti ceramah keselamata­n kebakaran

-

BINTULU: Seramai 30 kakitangan dari pelbagai jabatan syarikat Sime Darby Rajawali Estate di Jalan Pesisir Bintulu-Miri mengikuti ceramah keselamata­n kebakaran anjuran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju semalam.

Ketua BBP Samalaju PPgB Hashim Norshidi berkata, selain ceramah keselamata­n kebakaran turut diadakan demonstras­i tatacara pengunaan alat pemadam api.

Katanya, tumpuan turut diberi membabitka­n demonstras­i tatacara memadam kebakaran api dapur.

Menurutnya, sambutan amat menggalakk­an daripada kakitangan syarikat terbabit dalam program pencegahan kebakaran tersebut yang akan diterapkan semasa menghadapi kes-kes kecemasan.

 ??  ?? CARA BETUL: Demonstras­i memadam api sedang dijalankan.
CARA BETUL: Demonstras­i memadam api sedang dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia