Utusan Borneo (Sarawak)

MPS sambut baik usaha persatuan beri sumbangan bina taman komuniti

-

SIBU: Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) menyambut baik usaha persatuanp­ersatuan dan pemimpin masyarakat yang mahu memberi sumbangan untuk membina taman komuniti di Sibu.

Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Kawalan Bangunan dan Pengindaha­n Bandar MPS Kaunselor Joseph Chieng usaha ini mewujudkan lebih banyak taman komuniti untuk orang ramai beriadah.

“Di Sibu, kita mempunyai 15 taman persabahat­an yang dibina oleh persatuan-persatuan menerusi kerjasama dengan MPS sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Sebuah lagi taman komuniti akan dibina dengan kerjasama Persatuan Foochow Sibu. Lokasi dipilih di Jalan Gambir dan kita telah melawat ke lokasi tersebut,” jelasnya ketika ditemui pemberita selepas meninjau Taman Persahabat­an di Permai di sini, semalam.

Taman Persahabat­an di Permai telah dibina pada Jun 2003 oleh Persatuan Persahabat­an Wilayah Tengah Sarawak.

Mengulas mengenai masalah di Taman Persahabat­an, Chieng berkata masalah penutup parit kayu rosak menjadi isu utama dan akan dibaiki segera dan merujuk masalah tersebut kepada seksyen kejurutera­an MPS.

“Selain itu, kita juga akan melakukan kerjakerja mencantas pokok untuk memastikan tempat riadah ini selamat untuk dikunjungi masyarakat setempat,” ujarnya.

Hadir sama ialah Arkitek Landskap MPS Angela Swin, Naib Pengerusi Persatuan Persahabat­an Wilayah Tengah Sarawak Bong Sin Shui dan Ngu Sung Hua, Setiausaha Yii Sie Tung, Bendahari Lau Ing Kung dan Ketua Pemuda Yu Ming Hui.

 ??  ?? DIBAIKI SEGERA: Chieng (tiga kanan) dan ahli jawatankua­sa Persatuan Persahabat­an Wilayah Tengah Sarawak menunjukka­n kerosakan penutup parit kayu yang rosak dan perlu dibaiki segera.
DIBAIKI SEGERA: Chieng (tiga kanan) dan ahli jawatankua­sa Persatuan Persahabat­an Wilayah Tengah Sarawak menunjukka­n kerosakan penutup parit kayu yang rosak dan perlu dibaiki segera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia