Utusan Borneo (Sarawak)

Sri Aman bakal memiliki dewan suarah baharu di bawah RMK12

Ia akan dibina di Padang Sukan Lama di tapak seluas 7.3 hektar

-

KUCHING: Penduduk Sri Aman bakal memiliki dewan suarah baharu yang akan dibina di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, pembinaan dewan suarah baharu itu telah diluluskan oleh kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Dengan kos siling RM20 juta, dewan suarah baharu itu akan dibina di Padang Sukan Lama berdekatan Masjid Bandar Sri Aman di tapak seluas 7.3 hektar.

“Penduduk di Sri Aman amat teruja dengan projek ini dan kita berterima kasih kepada kerajaan GPS kerana telah meluluskan pembinaan dewan suarah baharu ini bagi

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti

menggantik­an dewan yang lama,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika lawatan ke tapak projek selepas mesyuarat mengenai status projek bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah

Embas di Sri Aman, kelmarin.

Susulan itu, Dewan Suarah lama akan dibaik pulih dan dijadikan sebagai pusat belia.

Kerja-kerja membaik pulih Dewan Suarah lama dilaksanak­an dengan peruntukan sebanyak RM4.5 juta di bawah Majlis Daerah Sri Aman.

Pada mesyuarat tersebut, Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang turut mengemukak­an beberapa cadangan projek lain.

Antaranya, pembinaan dua padang bola sepak baharu menggantik­an yang lama dan pembinaan gelanggang tennis.

Harden turut meminta dikekalkan kolam renang yang terletak dalam tapak bagi dewan suarah baharu yang akan dibina.

Hadir sama pada mesyuarat tersebut ADUN Lingga Simoi Peri dan Residen Bahagian Sri Aman Indit Bangai.

Penduduk di Sri Aman amat teruja dengan projek ini dan kita berterima kasih kepada kerajaan GPS kerana telah meluluskan pembinaan dewan suarah baharu ini bagi menggantik­an dewan yang lama.

Datuk Francis Harden Hollis

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Uggah (tengah) bersama Harden (enam kanan) serta yang lain melawat Dewan Suarah Sri Aman lama yang akan dibaik pulih.
UNTUK ALBUM: Uggah (tengah) bersama Harden (enam kanan) serta yang lain melawat Dewan Suarah Sri Aman lama yang akan dibaik pulih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia