Utusan Borneo (Sarawak)

Bicara Belia: Padanan Warna dan Tona Kulit pada Isnin ini

-

SIBU: Pustaka Negeri Sarawak Sibu akan mengadakan program Bicara Belia: Padanan Warna dan Tona Kulit secara langsung dalam talian di Facebook Pustaka Negeri Sarawak pada Isnin, 24 Ogos ini jam 10 pagi.

Menerusi kenyataan media semalam, Bicara Belia merupakan salah satu program anjuran Pustaka Negeri Sarawak yang juga merupakan platform perkongsia­n maklumat untuk belia untuk mengetenga­hkan kemahiran, teori serta latihan praktikal berdasarka­n pelbagai tajuk dan bidang.

“Khusus untuk golongan belia, kali ini Pustaka Negeri Sarawak menjemput Hafiz Mustapha seorang perunding imej profesiona­l untuk menyampaik­an ceramah pada hari tersebut,” jelasnya.

Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan aktiviti ini, sila hubungi Mas Azreena menerusi e-mel masazreena@sarawak.gov.my.

Untuk mengikuti aktiviti dan capaian kepada informasi menarik Pustaka Negeri Sarawak, pengguna boleh melayari laman web rasmi www.pustaka.com, Facebook @pustaka.sarawak, Twitter @pustakaswk dan Instagram @pustakaswk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia