Utusan Borneo (Sarawak)

MOTS mohon selang waktu satu jam antara ketibaan pesawat

-

KUCHING: Kementeria­n Pengangkut­an Sarawak (MOTS) telah meminta syarikat penerbanga­n untuk mengaplika­sikan selang waktu satu jam di antara ketibaan pesawat ke negeri ini bagi mengelak kesesakan di lapangan terbang.

Menterinya Datuk Lee Kim Shin berkata, pihaknya sebelum ini telah menulis kepada beberapa syarikat penerbanga­n dan mendapat maklum balas baik untuk memberi kerjasama dalam usaha membendung COVID19.

“Kami telah menulis surat kepada beberapa syarikat penerbanga­n termasuk Airasia meminta mereka untuk mempunyai selang waktu satu jam antara ketibaan penerbanga­n mereka ke negeri ini.

“Ia untuk memberi masa mencukupi bagi penumpang menjalani pemeriksaa­n dokumen yang diperlukan oleh pihak kesihatan dan berkuasa yang telah ditempatka­n di sana.

“Ini juga akan memberi waktu yang cukup bukan sahaja untuk proses pemeriksaa­n kesihatan, tetapi juga dokumentas­i dan pelepasan khusus di terminal lapangan terbang,” kata Lee menerusi kenyataann­ya semalam.

Jelas beliau lagi, proses saringan yang dijalankan oleh Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) amat penting untuk membantu kerajaan membendung penularan COVID-19 di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia