Utusan Borneo (Sarawak)

Guna agihan tangki air dengan sebaik mungkin, kata Harden

-

SRI AMAN: Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berharap penerima projek tangki air di daerah ini menggunaka­n kemudahan tersebut sebaik mungkin.

Menurutnya, pengagihan tangki air tersebut merupakan projek Kementeria­n Utiliti yang disalurkan melalui Pejabat Residen Bahagian Sri Aman kepada pemohon yang berjaya berdasarka­n kriteria tertentu.

“Saya berharap para penerima projek ini dapat memanfaatk­an sepenuhnya kemudahan ini untuk kegunaan mereka,” ujarnya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap ringkas pada majlis penyerahan projek berkenaan kepada penerima di Jalan Kin Chung Jalan Brayun, Kampung Sri Wangi Dayak Kejatau dan Kampung Sri Wangi Kejatau kelmarin.

Kata Harden lagi, permintaan rakyat diberi perhatian serius oleh kerajaan Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Kerajaan sentiasa mendengar setiap permintaan rakyat dan dalam hal ini, rakyat seharusnya bersabar menunggu setiap projek atau pembanguna­n yang dilaksanak­an kerajaan,” jelasnya.

Hadir sama Pegawai Daerah Sri Aman Mohd Ashee Wee, Temenggung Kueh Aik Seng serta ketua-ketua masyarakat.

Seramai 11 penerima projek berkenaany­angterdiri­daripada penduduk di Jalan Kin Chung Jalan Brayun (dua penerima), Kampung Sri Wangi (Dayak) Kejatau (7) dan Kampung Sri Wangi Kejatau (2).

 ??  ?? TERIMALAH: Harden (tiga kiri) menyerahka­n dokumen projek kepada salah seorang penerima di Jalan Kin Chung Jalan Brayun sambil diperhatik­an Mohd Ashree (kiri), Kueh (dua kanan) serta yang lain.
TERIMALAH: Harden (tiga kiri) menyerahka­n dokumen projek kepada salah seorang penerima di Jalan Kin Chung Jalan Brayun sambil diperhatik­an Mohd Ashree (kiri), Kueh (dua kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia