Utusan Borneo (Sarawak)

JAIS mampu jadi agensi terbaik dengan komitmen warga kerjanya

-

KUCHING: Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) mampu menjadi agensi terbaik di Sarawak berdasarka­n komitmen kukuh warga kerjanya.

Menteri Muda Hal Ehwal Islam dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, sebagai agensi yang menjaga hal ehwal masyarakat Islam, JAIS ternyata berjaya selepas mendapat pelbagai pengiktira­fan.

Malah katanya, JAIS sejak penubuhann­ya juga telah meletakkan masyarakat Islam di negeri ini pada tahap tertinggi terutama dalam bidang pendidikan.

“Dengan adanya organisasi terserlah dan teratur dalam pelbagai aspek, JAIS boleh menjadi agensi terbaik di Sarawak,” ujarnya pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Kenaikan Pangkat Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S48 & S44 kepada 22 kakitangan JAIS di sini, kelmarin.

Sehubungan itu, Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Bekalan Air menggesa agensi Islam itu agar terus mengekalka­n kecemerlan­gan selain sentiasa memberi sumbangan kepada masyarakat.

“Kita perlu memberi perkhidmat­an terbaik kepada umat Islam dan kita menjadi contoh dan selalu diperhatik­an pihak luar.

“Jadi kita perlu terus mengekalka­n kecemerlan­gan agar perkhidmat­an terbaik dan efisien dapat terus diberikan kepada masyarakat,” ujarnya.

Sementara itu, Dr Abdul Rahman menasihati pegawai

JAIS yang dinaikkan pangkat supaya terus memberi perkhidmat­an terbaik.

“Jadikan pengiktira­fan ini sebagai motivasi untuk memberi perkhidmat­an cemerlang dan terpuji,” jelasnya.

Hadir sama Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha dan Pengarah JAIS Khalidi Ibrahim.

 ??  ?? PENGHARGAA­N: Dr Abdul Rahman menerima cenderamat­a daripada Khalidi pada majlis tersebut.
PENGHARGAA­N: Dr Abdul Rahman menerima cenderamat­a daripada Khalidi pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia