Utusan Borneo (Sarawak)

Tiada pihak boleh ubah papan tanda jalan tanpa kebenaran PBT: Doris

-

KUCHING: Tiada individu atau pihak yang boleh mengubah papan tanda jalan mengikut kehendak dan kemahuan mereka tanpa persetujua­n atau kebenaran pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ketua Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Seri Doris Sophia Brodie berkata, papan tanda jalan di negeri ini berada di bawah bidang kuasa PBT.

Oleh itu katanya, partiparti politik harus berhatihat­i agar tidak melampaui batas dalam berpolitik terutama berkaitan dengan isuisu perkauman dan agama di Sarawak.

“Sarawak adalah negeri unik dengan lebih daripada 28 kumpulan etnik yang mengamalka­n pelbagai kepercayaa­n, budaya, bahasa dan dialek.

“Justeru, jangan mengamalka­n atau membawa budaya perkauman yang tidak sihat seperti yang diamalkan oleh parti politik tertentu kerana ia tidak sihat untuk Sarawak dan masyarakat­nya yang pelbagai dan majmuk,” katanya menerusi kenyataan media kelmarin.

Beliau mengulas mengenai tindakan Pemuda Sosialis Parti Tindakan Demokratik (DAPSY) Sarawak yang melekatkan tulisan Cina pada beberapa papan tanda nama jalan di sekitar bandar raya ini.

Doris berkata, bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia merupakan bahasa rasmi di Sarawak, maka adalah memadai untuk hanya menggunaka­n sama ada satu atau kedua-dua bahasa ini pada papan tanda jalan.

Menurutnya, bahasa Inggeris adalah bahasa antarabang­sa dan hampir semua orang di seluruh dunia dapat bertutur dan memahaminy­a.

“Biarpun kita bersemanga­t untuk menggalakk­an dan mengalu-alukan kedatangan pelancong ke negeri ini, namun kita tidak dapat memenuhi semua kehendak pengunjung kita.

“Hospitalit­i tidak hanya terhad pada papan tanda jalan tetapi boleh ditunjukka­n melalui budaya kita yang berwarna-warni seperti masakan kita, toleransi beragama dan banyak lagi,” katanya.

 ??  ?? DORIS
DORIS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia