Utusan Borneo (Sarawak)

Stadium mini bernilai RM988,680 akan dibina di Kampung Seberang Sarikei

-

SARIKEI: Peruntukan berjumlah RM988,680 telah disalurkan untuk membina stadium mini di Kampung Seberang Sarikei, kata Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh.

Beliau berkata, projek kerajaan Sarawak itu bertujuan memperkasa­kan gaya hidup aktif dalam kalangan komuniti tanpa mengira peringkat usia khususnya di kawasan pinggir dan luar bandar.

“Stadium mini ini nanti bakal dilengkapi dengan kemudahan tempat duduk berbumbung yang mampu memuatkan 200 orang pada satu-satu masa serta dilengkapi kemudahan lain yang mampu memberikan keselesaan kepada para pengunjung.

“Perancanga­n untuk menaik taraf kompleks ini telah kita rancang dan laksanakan peringkat demi peringkat sejak lapan tahun lalu.

“Kewujudan pasarana ini telah membawa manfaat kepada masyarakat di kawasan ini khasnya golongan belia dalam aktiviti sihat.

“Ia juga melonjakka­n sosioekomo­mi penduduk setempat yang bijak memanfaatk­an setiap aktiviti yang dianjurkan di lokasi ini untuk menjana pendapatan tambahan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Serah Tapak Projek oleh Majlis Daerah Sarikei (MDS) kepada pihak kontraktor Litomidas Sdn Bhd, semalam.

Menurut Len, pada mulanya lokasi ini hanya mempunyai sebuah padang bola sepak, namun dengan sokongan padu penduduk dan perancanga­n rapi ia dinaik taraf secara berperingk­at.

“Kita yakin dengan pembinaan kemudahan tempat duduk berbumbung di lokasi ini nanti akan menarik lebih ramai masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menganjurk­an aktiviti sukan dan riadah.

“Impak daripada penganjura­n aktiviti seperti ini akan membawa masyarakat kita untuk terus aktif bersukan dan program sampingan lain,” katanya.

 ??  ?? TINJAUAN KERJA: Len bersama rombongan meninjau lokasi pembinaan stadium mini di Kampung Seberang Sarikei, semalam.
TINJAUAN KERJA: Len bersama rombongan meninjau lokasi pembinaan stadium mini di Kampung Seberang Sarikei, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia