Utusan Borneo (Sarawak)

Pemuda DAP Miri gesa harga tiket Miri-Kuching dikurangka­n

-

MIRI: Pemuda Parti Tindakan Demokratik (DAP) Miri menggesa kerjasama Kementeria­n Pengangkut­an Sarawak untuk mencari jalan mengurangk­an harga tiket penerbanga­n Miri-Kuching.

Ketuanya Peter Hee berkata, harga tiket pergi balik yang dikenakan sekarang begitu mahal sehingga mencecah hampir RM2,000.

“Tidak semua kita mampu membeli harga tiket yang mahal ini. Harga paling mahal pernah saya pantau ialah RM1,848. Harga paling rendah ialah RM510 tetapi penerbanga­n waktu malam,” jelasnya kelmarin ditemani Pengerusi DAP Miri Dr Ting Tiong Choon.

Hee memberitah­u, harga tinggi membebanka­n mereka yang kerap pulang balik untuk menguruska­n pelbagai urusan.

Kepada ahli perniagaan katanya, kenaikan harga ini pasti meningkatk­an kos seterusnya memberi kesan kepada harga perkhidmat­an dan produk kepada pengguna.

“Penerbanga­n Miri-Kuching hanya mengambil masa satu jam menggunaka­n kapal terbang, sementara kereta mengambil masa 14 jam dan bas selama 18 jam. Waktu tiba yang singkat menjadikan penerbanga­n pilihan popular,” jelasnya.

Sehubungan itu, Hee menggesa Kementeria­n Pengangkut­an Sarawak untuk berbincang dengan Kementeria­n Pengangkut­an pusat tentang isu harga tiket penerbanga­n di negeri ini.

Kedua pihak juga diminta untuk menambah jumlah penerbanga­n ke negeri ini dan penerbanga­n dalam negeri.

“Pergerakan antara zon di Sarawak telah dihadkan sehingga 14 Ogos. Oleh itu penerbanga­n harus kembali normal pada 15 Ogos,” ujar Hee.

 ??  ?? MOHONKURAN­GKAN:Heediteman­iDrTingmen­ggesaKemen­terian Pengangkut­an Sarawak mencari jalan mengurangk­an harga tiket penerbanga­n Miri-Kuching pada sidang media, semalam.
MOHONKURAN­GKAN:Heediteman­iDrTingmen­ggesaKemen­terian Pengangkut­an Sarawak mencari jalan mengurangk­an harga tiket penerbanga­n Miri-Kuching pada sidang media, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia