Utusan Borneo (Sarawak)

Rukun Negara bukan digubal tanpa difikirkan secara mendalam: Salleh Abas

-

RUKUN Negara bukan digubal tanpa difikirkan secara mendalam, tegas Tun Dr Mohamed Salleh Abas, seorang daripada tokoh yang membantu mendraf Falsafah Kebangsaan Negara itu pada 1970.

“Semua yang termaktub dalam Perlembaga­an (Persekutua­n); telah dikaji secara teliti dan telah difikirkan secara mendalam,” katanya dalam temu bual untuk dokumentar­i khas Bernama TV bertajuk ‘Rukun Negara: A Nation United’ (Rukun Negara: Sebuah Negara Bersatu).

Dokumentar­i dua episod itu diterbitka­n oleh Bernama bersempena dengan ulang tahun ke-50 Rukun Negara yang akan disiarkan antara 31 Ogos sehingga 19 Sept di BernamaTV di Saluran 502 ASTRO, Njoi 502, UnifiTV 631 dan MyFreeView 121, selain laman Facebook rasmi BernamaTV dan saluran YouTube.

“… penulisan dan draf asalnya dibuat oleh saya,” kata Mohamed Salleh sambil tersenyum, yang ketika itu merupakan Peguam Cara Negara. Beliau kemudianny­a dilantik menjadi Lord President (kini Ketua Hakim Negara) di Mahkamah Agung (kini Mahkamah Persekutua­n).

Mohamed Salleh, yang menyambut ulang tahun ke-91 pada 25 Ogos, berkata ahli jawatankua­sa yang mendraf Rukun Negara turut mengambil kira semua agama yang dianuti rakyat Malaysia dan semua peruntukan dalam Perlembaga­an Persekutua­n.

Beliau berkata ‘Kepercayaa­n Kepada Tuhan’ dipilih sebagai prinsip pertama dengan mengambil kira Perkara 3 dan 11 Perlembaga­an Persekutua­n.

Perkara 3 (1) menetapkan Islam adalah agama Persekutua­n; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan harmoni di mana-mana kawasan dalam Persekutua­n manakala Perkara 11 (1) menetapkan tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalka­n agamanya, jelasnya.

Mohamed Salleh berkata ini telah menjadi asas keharmonia­n dalam kalangan rakyat Malaysia selepas peristiwa rusuhan kaum berdarah pada 13 Mei, 1969.

Ia bukan tugas mudah, khususnya, untuk mencari cara terbaik bagi menyatukan rakyat pelbagai kaum di negara ini, katanya dan menurutnya hasil atau kesan daripadany­a dapat dilihat pada kejayaan mengekalka­n keamanan sehingga kini.

“Rukun Negara patut dianggap sebagai roh yang mengikat rakyat bersamasam­a dan bukan sekadar (sesuatu) untuk menjadikan Malaysia sebagai tempat untuk orang menjana pendapatan untuk hidup, menjadikan mereka kaya-raya dan kembali ke negara asal mereka, sesuatu seperti itu.

“Kini, kita mahu mereka terus kekal dan membina negara ini, supaya anda boleh lihat dalam keadaannya sekarang,” kata Mohamed Salleh yang isterinya Toh Puan Junaidah Wan Jusoh turut hadir pada temu bual itu di rumah mereka di Setiawangs­a di Kuala Lumpur. Pasangan itu mempunyai lima anak.

Rukun Negara telah diisytihar­kan pada 31 Ogos, 1970, oleh Yang di-Pertuan Agong keempat, Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin.

Lima prinsipnya, mengikut susunan adalah Kepercayaa­n Kepada Tuhan; Kesetiaan Kepada Raja dan Negara; Keluhuran Perlembaga­an; Kedaulatan Undang-Undang; dan Kesopanan dan Kesusilaan.

Mohamed Salleh menegaskan Rukun Negara sepatutnya menjadi roh dan jiwa yang menjadikan rakyat sedar betapa pentingnya mengekalka­n keharmonia­n dalam kalangan tiga kaum utama dan kaum-kaum lain di negara ini.

Beliau turut mengimbas beberapa tokoh yang terlibat mendraf Rukun Negara 50 tahun lepas, dan menyebut seorang daripada mereka – Allahyarha­m Tun Muhammad Ghazali Shafie, lebih popular dikenali sebagai King Ghaz, yang merupakan menteri dalam negeri ketika itu.

Hasil semakan daripada maklumat arkib bahawa tokoh lain yang membantu mendraf Rukun Negara termasuk mendiang Tun Tan Siew Sin; Tan Sri Leonard Linggi Jugah; Tan Sri Kamarul Ariffin; Allahyarha­m Datuk Harun Idris dan Allahyarha­mah Tan Sri Aishah Ghani.

Berikutan rusuhan kaum pada 13 Mei, 1969, Parlimen telah digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan untuk mengembali­kan keamanan dan kestabilan di dalam negara. Perdana Menteri Kedua Tun Abdul Razak Hussein mempengeru­sikan MAGERAN.

MAGERAN berperanan penting dalam mengumpulk­an tokoh terpilih untuk membantu mendraf Rukun Negara, yang selain menggalakk­an perpaduan dalam kalangan rakyat, mahu mengekalka­n cara hidup demokratik; mewujudkan masyarakat saksama; memastikan pendekatan liberal diambil terhadap adat resam dan budaya; dan membangunk­an masyarakat progresif berasaskan sains moden dan teknologi. Mohamed Salleh berkata tugas mendraf Rukun Negara amat mencabar dengan ahli jawatankua­sa perlu mencari idea tentang bagaimana untuk menyatukan semula rakyat selepas insiden rusuhan itu.

“Pernah berlaku keadaan yang amat cemas (bagi saya). Saya dipanggil oleh Ketua Polis Negara pada waktu itu (Tun Mohamed Salleh Ismael). Beliau kata kepada saya, tengoklah, setiap 10 minit kami terima laporan (mengenai) rumah terbakar dan gaduh-gaduh,” katanya.

Beberapa hari selepas berlakunya rusuhan itu, wujud keperluan untuk mendraf ordinan darurat, dan sekali lagi Mohamed Salleh dipanggil untuk menyediaka­nnya.

Ditanya apa yang beliau rasakan mengenai rakyat dan Rukun Negara ketika ini berbanding di masa lalu, Mohamed Salleh berkata disebabkan rakyat kini menikmati keamanan, mereka cenderung untuk melupakan falsafah kebangsaan negara itu.

“Sekarang, saya fikir disebabkan keamanan yang mereka nikmati, mereka lupa akan Rukun Negara. Anda pergi tanya orang apa itu Rukun Negara; mereka tidak faham … kerana mereka ambil mudah perkara ini. Rukun Negara sudahpun, boleh saya katakan, telah tertanam dalam hati dan amalan semua orang di negara ini.

“Mereka ambil mudah, disebabkan ia sudah ada; tetapi tidak pernah mengambil inisiatif untuk menoleh ke belakang dan lihat bagaimana ia didraf, kenapa ia didraf, kenapa ia perlu ada. Anda tidak jumpanya dalam Perlembaga­an, tetapi Rukun Negara adalah selaras dengan Perlembaga­an,” jelasnya.

Pengerusi as-Salihin Trustee Berhad itu berkata adalah menjadi harapannya agar Rukun Negara terus dihormati dan dijadikan pegangan supaya Malaysia kekal sebagai sebuah negara yang stabil tanpa ada sesiapa yang curiga antara satu sama lain.

Mohamed Salleh, yang berasal dari Besut, Terengganu, juga berharap generasi muda akan melebarkan sayap mereka di peringkat antarabang­sa, belajar bersungguh-sungguh dan mendapat pendidikan baik; dengan itu orang akan lebih menghormat­i Malaysia. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KEKALKAN KEHARMONIA­N: Mohamed Salleh dan Junaidah ketika ditemui Bernama untuk dokumentar­i khas Bernama TV bertajuk Rukun Negara: A Nation United (Rukun Negara: Sebuah Negara Bersatu) sempena ulang tahun ke-50 Rukun Negara di kediaman beliau dekat Kuala Lumpur, baru-baru ini.
— Gambar Bernama KEKALKAN KEHARMONIA­N: Mohamed Salleh dan Junaidah ketika ditemui Bernama untuk dokumentar­i khas Bernama TV bertajuk Rukun Negara: A Nation United (Rukun Negara: Sebuah Negara Bersatu) sempena ulang tahun ke-50 Rukun Negara di kediaman beliau dekat Kuala Lumpur, baru-baru ini.
 ?? — Gambar Bernama ?? KEKAL: Mohamed Salleh, seorang daripada tokoh yang membantu mendraf Rukun Negara pada tahun 1970.
— Gambar Bernama KEKAL: Mohamed Salleh, seorang daripada tokoh yang membantu mendraf Rukun Negara pada tahun 1970.
 ??  ?? MOHAMED SALLEH
MOHAMED SALLEH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia